Pembangkang sangat pening dengan tindak tanduk isteri Perdana Menteri itu. Malah ada juga yang mesra kerajaan pening dengan tidak tanduk Datin Rosmah Mansor.
AYT tertanya-tanya hingga kini apa salah Rosmah Mansor?
Rosmah kebetulan isteri kepada Perdana Menteri. Rosmah adalah rakyat negara ini yang juga mempunyai hak sama dalam semua perkara termasuk menjadi ahli politik. Hanya bezanya Rosmah mempunyai determinasi yang luar biasa dibanding warga yang lain apatah lagi jika dibandingkan dengan isteri-isteri Perdana Menteri terdahulu.
Kalau kita melihat di berapa negara- malah isteri kepada pemimpin negara itu menjadi pemimpin nombor satu negara selepas suami mereka bersara atau meninggal.
Corazon Aquino menjadi Presiden Filipina walaupun suaminya belum sempat menjadi presiden kerana dibunuh.
Pendek kata Rosmah juga boleh menjadi Perdana Menteri menggantikan Suaminya-asalkan rakyat mahukannya.
Lihat lah secara positif mengenai tindak tanduk Rosmah- jangan melihatnya sebagai beban. Kini nama Rosmah di negara-negara membangun sangat harum, termasuk di negara kuasa besar seperti Amerika.
Di peringkat ASEAN peranan Rosmah diiktiraf- perkara ini terbukti apabila Menteri mentor Singapura Lee Kuan You mengadakan perjumpaan empat mata dengan Rosmah semasa lawatan Mantan Perdana Menteri Pertama Singapura itu pada tahun 2009.
Persoalan yang AYT tidak faham-kenapa mempersoalkan sangat peranan Rosmah? Bukankah kerja-kerja Rosmah selama ini adalah untuk kepentingan negara.
Dalam negara Rosmah mempunyai mempunyai profil yang cukup tinggi dan mempunyai kedudukan de fakto dalam sistem pemerintahan negara memalui Projek Permata Negara untuk kanak-kanak pintar yang mendapat peruntukan langsung dari Perbendaharaan sebanyak RM111 juta dalam belanjawan 2011 dan RM100 juta pada 2010. Beliau juga memperoleh dan menikmati liputan berita yang cukup rapi dan meluas daripada media massa arus perdana.
Dalam negara kita telah menyaksikan gandingan suami-isteri dalam landskap politik Malaysia iaitu Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail? Malahan, gandingan bapa-emak dan anak pun sudah ada — Anwar, Wan Azizah dan Nurul Izzah.
Selain itu wujud dinasti politik lain seperti gandingan Lim Kit Siang dengan Lim Guan Eng, Karpal Singh dengan Gobind Singh Deo dan Jagdeep Singh Deo. Malah Najib, Anwar, Hishammuddin Hussein, Mukhriz Mahathir dan ramai lagi adalah pewaris dinasti politik.
Jadi apa salahnya atau memeranjatkan sangat jikalau Rosmah bertanding pilihan raya dan akhirnya menjadi pengganti suaminya?
Hal ini berlaku bukan sahaja di Singapura di mana Lee Hsien Loong menjejaki bapanya menjadi Pardana Menteri, malah ia juga berlaku di banyak negara di dunia.
Contohnya di India di mana Indira Gandhi menjejaki bapanya Jawaharlal Nehru, menjadi Perdana Menteri. Indira digantikan pula oleh anaknya Rajiv Gandhi. Indira dan Rajiv kedua-duanya mati dibunuh. Kini isteri Rajiv, Sonia seorang keturunan Itali menjadi Presiden parti pemerintah, Indian National Congress dan anak mereka, Rahul adalah Ahli Parlimen dan diuar-uarkan sebagai bakal Perdana Menteri.
Di Sri Lanka, Chandrika Bandaranaike Kumaratunga yang menjadi Presiden dari 1994 hingga 2005 adalah anak kepada dua Perdana Menteri — bapanya S.W.R.D. Bandaranaike dan ibunya Sirimavo Bandaranaike.
Di Filipina, apabila calon Presiden Benigno “Ninoy” Aquino dibubuh, isterinya, Corazon Aquino bertanding dan menang. Kini anak mereka, Benigno Aquino III, menyandang jawatan itu. Presiden Gloria Macapagal-Arroyo pula adalah anak Presiden Diosdado Macapagal.
Sheikh Hasina Wazed, Perdana Menteri Bangladesh sekarang adalah anak sulung Sheikh Mujibur Rahman, pengasas dan Presiden pertama negara itu manakala Begum Khaleda Zia, bekas Perdana Menteri, adalah janda Presiden Ziaur Rahman yang dibunuh.
Di Pakistan, Allahyarhamah Benazir Bhutto menduduki kerusi yang pernah diisi bapanya, Zulfikar Ali Bhutto sebagai Perdana. Zulfikar mati di tali gantung, Benazir mati dalam pengeboman bunuh diri.
Di Argentina, Presiden NĂ©stor Carlos Kirchner digantikan oleh isterinya Cristina Fernandez de Kirchner. Eva “Evita” Peron hamper menjadi Naib Presiden Argentina di samping suaminya kalau tidak kerana mati batuk kering.
Kini, isteri Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono, Ibu Kristiani Herawati diuar-uarkan akan bertanding jawatan Presiden apabila tempoh perkhidmatan suaminya tamat.
Kesimpulannya, adalah tidak mustahil Rosmah Mansor atau mana-mana wanita selebriti bertanding pilihan raya dan, jika dikehendaki oleh majoriti pembesar parti mereka, dicalonkan sebagai Perdana Menteri.
Kalau negara Islam yang lebih besar dan konservatif seperti Pakistan dan Bangladesh boleh menerima Perdana Menteri dan Presiden wanita, pastinya Malaysia yang lebih progresif tidak akan menolak kepemimpinan wanita.
Kini PAS pun sedang hebat mempromosikan penyertaan wanita dalam hierarkinya walaupun suatu ketika Pas tidak merestui wanita sebagai pemimpin manakala PKR sudah pun dipimpin oleh wanita.
Bagi AYT ambil lah perkara positif daripada gelagat Rosmah. Bagi Ayt Rosmah adalah salah satu butir mutiara yang perlu diberi peranan yang lebih besar dalam negara ini.

No comments:
Post a Comment