Sunday, October 03, 2010

Zaid Ibrahim tidak mungkin MENANG lawan Azmin Ali

Berasaskan jumlah pencalonanpun Azmin jauh meninggalkan Zaid. Terkini Azmin mendapat 93 pencalon sementara Zaid hanya 35 sama banyak dengan yang diperima Tian Chua.

Zaid juga dikhabarkan tidak mendapat sokongan daripada Anwar Ibrahim, malah Ketua Umum PKR itu membidas Zaid kerana mempergunakan media Umno.

Zaid mendapat sokongan kuat daripada Wan Azizah dan Nurul Izzah, namun berasaskan kepada jumlah pencalonan kepada Azmin, nampaknya sokongan isteri dan anak Anwar itu tidak mampu bersaing dengan pengaruh Anwar.

Pemilihan PKR di peringkat Pusat akan berlangsung pada 17 November depan.

Azmin perlu menang, kerana itu lah agenda Anwar tidak bertanding jawatan Persdien parti.

Apabila Azmin menang No.2 parti, maka mudahlah baginya menjadi MB Selangor.

No comments:

Post a Comment