Friday, October 15, 2010

PRK P-185 Batu Sapi Sabah: Pembuktian Sabah "Fixed Deposit BN"

Kerusi P-185 Batu Sapi Sabah kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Edmund Chung Ket Wah akibat kemalangan jalanraya pada pagi 9 Oktober lalu.

Edmund adalah wakil rakyat Bn- dua penggal sejak tahun 2004.

Pada PRU-12 Edmund mengalahkan calon bebas dengan majoriti 3,708 undi.

Parlimen Batu Sapi mempunyai 2 DUN yakni Sekong dan Karamunting. Sekong diwakili oleh UMNO, manakala Karamunting oleh SAPP dan kini oleh Parti Gerakan, ekoran dipecatnya wakil SAPP itu daripadanya partinya.

Parlimen Batu Sapi mempunyai 26,000 bilangan pengundi; 60% adalah bumiputera islam, 38% cina dan bakinya adalah penggundi bumiputera bukan islam.

SPR telahpun mengumumkan bahawa PRK- P-185 Batu Sapi serentak dengan PRK-Galas, Kelantan.

Yang menarik pada PRK-Batu Sapi adalah angka 13; yakni PRK ke-13 selepas pRU-12 dan yang pertama di Sabah.

Jika dilihat pada perkembangan semasa-peluang BN mempertahankan kawasan Batu Sapi amat cerah.

Dalam perkembangan berasingan-Ketua Cabang PKR Batu Sapi Nahlan Damsal telah menyatakan sokongan padunya kepada parti SAPP- jika meletakkan calonnya pada PRK ke-13 ini. Nahlan juga berkata-adalah penting bagi rakyat kawasan itu mengundi parti tempatan dibanding partinya sendiri.

Melalui PRK-13 ini kita akan sama-sama menyaksikan apakah status Sabah yang dikatakan Simpanan tetap BN akan terbukti? dan juga klibat SAPP terutama Persidennya mempunyai sokongan di kawasan itu? semua kita ingin mengetahunya.

No comments:

Post a Comment