Tuesday, October 05, 2010

LAGI Sifatkan Azmin Ali Biadap

Selepas berbagai pihak termasuk Tan Sri Muhiyiddin beranggapan bahawa kenyataan Azmin Ali yang mengatakan Tun Dr Mahathir adalah PEMIMPIN TERSUNGKUR di Australia merupakan biadap, dan menunjukkan moral sebenar calon Timbalan Presdien PKR itu, satu lagi kutukan diterima daripada Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM).

Presidennya Anuar Manap berkata kenyataan menghina oleh Azmin yang bakal bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu merupakan usaha terdesaknya untuk meraih sokongan.

"Janganlah terlalu mudah melabelkan pemimpin kita dan menghina hanya kerana ingin menang dalam perebutan jawatan dalam parti yang kita tahu sedang bergolak dan kacau bilau," katanya.

Anuar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Azmin yang menyifatkan Dr Mahathir yang sedang menerima rawatan di Melbourne, Australia kerana jangkitan paru-paru sebagai "pemimpin yang sedang tersungkur".

Azmin membuat sindiran itu ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan PKR cabang Gombak semalam.

Di KUALA LUMPUR, Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee berkata kenyataan Azmin itu tidak mencerminkan pekerti seorang pemimpin Melayu.

Beliau berkata pemimpin politik Melayu yang bermoral tidak akan menyerang peribadi pemimpin lain yang uzur atau sakit, malah dalam Islam digalakkan menziarahi atau mendoakan kesejahteraan untuk mereka.

"Pemimpin Melayu yang berbudi bahasa, berpekerti mulia dan bersopan tidak sanggup mengeluarkan kata-kata berupa cercaan terhadap mereka yang sedang sakit, apatah lagi membabitkan seorang bekas Perdana Menteri," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sementara itu Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) dalam satu kenyataan berasingan menyifatkan tindakan Azmin itu sebagai biadap dan tidak menunjukkan tauladan yang baik kepada golongan muda.

"Sebagai seorang pemimpin dan anggota Parlimen, YB Azmin seharusnya menjadi contoh kepada golongan belia dan kaum muda di mana tingkah laku pemimpin haruslah bersopan santun walaupun terhadap musuh politiknya," katanya.

No comments:

Post a Comment