Tuesday, October 19, 2010

Kepada Zaid dan Khalid Ibrahim: Kalau kamu berjuang demi keadalian: Kembalikan kekayaan kamu kepada rakyat yang memerlukan

Zaid dan Khalid Ibrahim kaya raya kerana UMNO dan BN. Setelah kaya raya, mereka kini kononnya berjuang demi keadalian kepada rakyat.

Jika mereka ini adil pada awalnya, sudah tentu beribu-ribu rakyat malah berjuta rakyat negara ini sekaya Zaid dan Khalid.

Mereka berdua ini hanya bercakap sekarang, ibarat kacang lupakan kulit. Kalau bukan kerana UMNO dan BN, mustahil Zaid dan Khalid mempunyai kekayaan yang luar biasa.

Bercakap jangan seperti burung unta, menyembunyikan kepala yang kecil itu, kerana tidak nampak musuh, kononnya dah selamat.

Zaid dalam kempennya merebut jawatan timbalan persiden PKR berkata bahawa PKR tidak patut menurunkan darjat parti itu menjadi sebuah parti yang hanya memperjuangkan keadilan isu Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia tidak adil bagi rakyat yang ingin diwakili.

"Kita bukan sahaja sebuah parti 'Reformasi', sebagai nama bagi sebuah gelombang di hujung 1990-an, tetapi juga sebuah parti yang menuntut reformasi tulen dan sanggup untuk mereformasi diri.

"Kita perlu memperjuangkan keadilan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun pada masa yang sama juga terdapat banyak ketidakadilan yang menimpa rakyat negara ini yang memerlukan perhatian kita.

"Rakyat rata-rata mendesak mahukan keadilan ekonomi dan keadilan sosial dan hak supaya diberi layanan dengan hormat dan bermaruah mengikut kedaulatan undang-undang," katanya bekas menteri yang juga penyelaras Pakatan Rakyat itu.

Hanya kerana sudah menikmati semuanya, maka barulah Zaid berkata soal keadilan. Kenapa sebelum ini tidakpun kedengaran Zaid berkata demikian.

Jangan lah menjadikan alasan bahawa kewujudan PKR adalah untuk mencari keadilan, akui lah PKR diwujudkan kerana Anwar Ibrahim, memenuhi cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Anwar tidak akan jadi Perdana Menteri, Sungai Buloh adalah pasti.

No comments:

Post a Comment