Saturday, October 23, 2010

Kepada Khairy, Nazri Aziz jangan asyik belasah Perkasa! Buatlah sesuatu .....

Kepada Khairy Jamaludin, Nazri Aziz- jangan lah asyik membelasah Perkasa pribumi negara. Buat lah sesuatu terutama "perang" cyber yang digerakkan pembangkang maupun pro mereka.

Hanya seminggu Facebook yang digerakkan oleh pembangkang yang membantah pembinaan WARISAN MERDEKA telah mendapat lebih 100,000 sokongan, sementara Facebook yang menyokong pembinaan bangunan pencakar langit itu, ibarat siput yang bergerak mendaki dinding tegak.

Melalui perkembangan ini, AYT nampak betapa kerdilnya aktivis BN atau pro BN dalam alam cyber.

Laman '1M Malaysia Reject 100-story Mega Tower' yang diwujudkan Sabtu lalu - sehari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan projek bernilai RM5 bilion itu dalam ucapan bajet 2011 - telah mengumpulkan 101,327 penyokong sehingga jam 9.50 malam tadi.

Ia mensasarkan satu juta penyokong dalam beberapa minggu akan dataang.

Pertambahan jumlah penyokong itu merupakan petunjuk bahawa aktivis pro pembangkang begitu aktif dibanding pro BN atau kerajaan.

Bangunan Warisan Merdeka' itu akan menjadi menara tertinggi di Malaysia, jauh melebihi ikon Petronas - Menara Berkembar setinggi 88 tingkat yang siap dibina pada 1998 - dan pernah menjadi yang tertinggi di dunia.

Sementara itu, terdapat dua laman Facebook pro-menara - 'Kami Sokong Menara Warisan' - dengan 251 penyokong, dan 'I See the Benefits of PNB's 100-story Tower' dengan 38 penyokong.

Rancangan untuk projek mega itu, yang akan dibina dan dibiayai oleh syarikat kaitan kerajaan - Permodalan Nasional Bhd (PNB) - terdiri daripada tiga fasa dan dijadual siap pada 2020.

No comments:

Post a Comment