Wednesday, October 20, 2010

Jangan layan permintaan CUEPACS

Perdana menteri telah menjelaskan bahawa kerajaan tidak mampu memberi bonus sebulan kepada kaki tangan awam, kerana ianya melibatkan RM3.1 bilion perbelanjaan.

Kaki tangan awam hanya berjumla 1.2 juta orang sementara petani-nelayan-pekebun berjumlah lebih 6 juta orang.

Petani-nelayan-pekebun yang seharusnya diberi keutamaan, kerana mereka terdedah kepada pendapatan bermusim. Berlainan dengan kakitangan awam yang mempunyai pendapatan tetap.

Jumlah RM 3.1 bilion lebih baik disalurkan kepada golongan berpendapatan rendah ini, agar mereka juga sekurang-kurangnya menikamti apa yang dirasa oleh kakitangan awam, walaupun hanya sementara.

Pemeberian bonus hanya menyumbang kepada inflasi, kerana mereka yang merasa berduit berbelanja sesuka hati, sehinggakan harga barangan akan mendadak naik.

Dalam hukum ekonomi, apabila permintaan melebihi penawaran, maka tendesi harga barangan akan naik, untuk mencapai keseimbangan baru.

Keputusan kerajaan dengan tidak memberikan bonus kepada kakitangan awam adalah tepat di mata rakyat majoriti, walaupun pahit di mata kakitangan awam.

Alasan pertumbuhan negara telah meningkat yang diberikan oleh Ceupacs, bukan alasan yang jitu untuk mendesak kerajaan memberikan bonus.

No comments:

Post a Comment