Friday, October 08, 2010

Agak-agaknya apa isi Akuan bersumpah terbaru Rahimi Osman itu?

Rahimi mengatakan bahawa akuan bersumpahnya yang ditandangi pada jun-2008 yang mengaitkan Najib dan Rosmah adalah palsu. Atas sebab itu, dia membuat laporan polis 2 hari lalu di IPD Klang mengenai akuan bersumpah itu.

Rahimi juga melalui laporan polisnya mengatakan bahawa dia dipaksa oleh Anwar dan Lateefa Koya menandatangi dua akuan bersumpah, walaupun dia ketahui bahawa kandungannya adalah palsu.

Demi meneggakkan yang benar, maka Rahimi membuat akuan bersumpah yang baru yang menjelaskan tidak yang benar melainnya semuanya benar.

Agak-agaknya apa isi kandungan SD baru Rahimi itu?

Rahimi tidak mahu mendedahkan isi kandungan SD baru itu kerana kononnya takut menganggu perjalanan kes sodomy II yang akan di sambung perbicraannya pertengahan oktober ini.

Ada yang mengandaikan bahawa dalam SD Rahimi itu, dia juga membenarkan bahawa Saiful benar-benar diliwat oleh Anwar.

Terserah kepada pihak polis bertindak terhadap laporan terbaru terhadap Anwar Ibrahim itu.

Pihak polis juga perlu menyiasat SD terbaru Rahimi Osman itu, bukan sahaja keadilan bagi dirinya akan tetapi keadilan bagi Najib-Rosmah dan Anwar sendiri.

Dalam perkembangan yang sama, rata-rata para pemimpin PKR mengutuk laporan terbaru terhadap Anwar Ibrahim itu, kecuali Zaid Ibrahim yang mengatakan bahawa pihak polis perlu membuat siasatan.

Dalam perkembangan yang sama, Rahimi mengatakan bahawa dia bukan ahli politik, atas sebab itu tidak timbul rasa dendam terhadap sesiapa sahaja pemimpinan PKR. Dia hanya mahu mengatakan yang benar, tiada niat sebalik itu.

Ekoran laporan Rahimi kepada polis yang mengaitkan Anwar Ibrahim, pihak pembangkang secara terang tanpa segan silu lagi menuding jari, bahawa tindakan Rahimi itu ada kaitan dengan PRK Galas, Gua Musang yang bakal diadakan pada 4 November depan.

No comments:

Post a Comment