Tuesday, September 14, 2010

Kenapa Anwar tidak mahu jadi Presiden PKR?

Muslihat apa kah yang ada di benak Anwar sehinggakan penasihat PKR itu tidak mahu menjadi Presiden PKR?

Walaupun beberapa pemimpin akar umbi PKR termasuk MB Selangor mengsyorkan agar Anwar mengetuai PKR, namun Anwar menegaskan beliau tidak akan menerima sebarang pencalonan agar bertanding pada pemilihan kali ini.

Dengan penolakkan tersebut, maka isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah pasti akan kekal sebagai presiden tanpa cabaran.

Pemilihan PKR kali ini merupakan yang terhangat, terutama bagi jawatan timbalan presiden, dimana pertembungan antara orang lama PKR Azmin Ali dan pendatang baru Zaid Ibrahim.

Azmin yang merupakan "blue boy" Anwar walaupun secara terbuka tidak mendapat restu daripada Anwar, namun akar umbi PKR telah faham, bahawa Azmin perlu dimenangkan.

Zaid dikatakan kestiaannya kepada parti belum teruji, atas sebab itu, kemenangnya boleh menjadi masalah besar kepada parti.Zaid sebelum ini adalah ahli Umno yang dipecat.

Persoalan kenapa Anwar menolak sebarang jawatan dalam PKR, mungkin ada kaitan dengan kes sodomy II yang dia hadapi. Anwar merasakan bahawa dia akan didapati bersalah apabila kes sodomy II selesai dibicarakan di mahkamah. Mungkin sebab itulah dia menolak sebarang pencalonan pada pemilihan PKR kali ini.

No comments:

Post a Comment