Wednesday, July 07, 2010

Zulkefli Noordin Anggap Dirinya Masih Ahli Pas

Wakil Rakyat Kulim-Bandar Bahru- Zulkefli Noordin yang menjadi berita panas mac lalu, setelah mendakwa bahawa wujudnya firaun-firaun kecil dalam PKR, yang menyebabkannya dipecat daripada parti itu, kini mendakwa pula bahawa dia sebenarnya masih ahli pas.

Menurut Zulkefli sebagai ahli Pas sejak tahun 1997, hingga kini parti itu belum menulis atau memberitahunya bahawa keahliannya dalam parti itu digantung atau sebaliknya.

Zulkefli juga mendakwa, bahawa individu-individu tertentu yang menyuarakan bahawa dia tidak akan diterima masuk dalam parti itu adalah pemuja-pemuja Anwar.

Pemuja-pemuja Anwar ini tidak mengiktiraf Hadi Awang sebagai pemimpin, sebaliknya Anwarlah pemimpin mereka.

Pemuja-pemuja Anwar dalam Pas mempunyai agenda tersembunyi, yakni merosak Pas melalui dalaman.

Tindak tanduk pemuja Anwar ini sangat terang dan jelas apabila mereka turut terlibat melindungi penjenayah yang amat dikehendaki di Malaysia Raja Petra Kamrudiin (RPK).

Setelah dipecat daripada PKR, Zulkefli kini bergabung dengan 4 wakil rakyat PKR yang telah keluar daripada parti itu melalui konsensus bebas parlimen.

Wakil rakyat Kulim-Bandar Bahru itu menyeru pucuk pimpinan Pas agar mengambil tindakan terhadap pemuja-pemuja Anwar tersebut, sebelum PAS hancur.

No comments:

Post a Comment