Saturday, July 17, 2010

Najib dan Rosmah Kini Di Sabah

Gambar Ikhsan dpa Meredekareview.com

Petang ini Najib akan menghadiri upacara karnivel di Stadum Likas Kota Kinabalu yang bermula pada jam 2 -4 petang.

Upacara perasmian Wisma Wanita Sabah yang berlangsung esok dan disempurnakan oleh Datin Rosmah Mansor.

Di bandar Kota Kinabalu dan sekitarnya tiang-tiang lampu dan sudut-sudut di bandar ini penuh dengan banting-banting berwarna warni memampangkan wajah Datin Rosmah.

Sempena lawatan wanita pertama Malaysia ke negeri di bawah bayu tersebut berbagai acara grand telah diadakan.

Pihak kerajaan negeri termasuk para pemimpinnya begitu sibuk mengatur grand ceremony tersebut.

Tidak ketinggalan para pemimpin negeri termasuk Ketua Menteri Datuk Musa Aman begitu sibuk sekali memantau persiapan sambutan tersebut sejak beberapa hari lalu.

Timbalan pengerusi Umno Negeri Datuk Salleh Said Keruak mantan ketua menetri Sabah juga tidak ketinggalan memantau dan melihat persiapan-persiapan tersebut sejak 2 hari lalu.

Nampaknya Kerajaan negeri Sabah mahu memastikan bahawa sambutan kepada Wanita Pertama ini begitu hebat dan meriah dan menghidar cacat celah.

No comments:

Post a Comment