Wednesday, April 21, 2010

Zaid Downplay Kaki Botol Dan Kaki Kuda

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim yang kini menjadi sasaran penulis-penulis blog mengakui memiliki seekor kuda lumba.

Zaid bagaimanapun menolak dakwaan yang menyatakan dirinya seorang kaki judi hanya kerana memiliki seekor kuda lumba kerana beliau tidak pernah bertaruh dalam perlumbaan kuda.

“Kuda itu sangat berjaya dan saya amat berbangga dengannya, tetapi itu sebelum saya menyertai PKR” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi ceramah di Ampang Pecah, di sini malam tadi.

Zaid diminta mengulas dakwaan sebuah blog, Pisau.net yang mendakwa beliau memiliki seekor kuda lumba yang diberi nama ‘Kelantan’.

Kuda itu, dakwa blog berkenaan, dibeli dengan harga NZ$135,000 (RM310,500).

Menurut blog tersebut, semua maklumat terperinci mengenai aktiviti lumba kuda Zaid boleh diperolehi di laman web www.BloodHorse.com, www.stephengrayracing.com dan www.stallions.com.au.

Ini merupakan pendedahan kedua berhubung isu moral bekas Ahli Parlimen Kota Bharu itu yang sebelum ini didakwa sebagai seorang kaki botol.

Pengakuan Zaid ini turut disiarkan oleh portal berita propembangkang, Malaysiakini dan Malaysian Insider.

Mengulas lanjut mengenai pendedahan Pisau.net itu, Zaid menganggap tindakan itu sebagai suatu perubahan dalam politik negara.

Namun tegasnya, memiliki kuda lumba tidak boleh disamakan dengan berjudi.

“Itulah masalah dengan UMNO, mereka tidak dapat membezakan antara judi dan sukan,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, ketika ditanya mengenai tindakan bekas Bendahari PKR Bahagian Hulu Selangor, Datuk Dr, Halili Rahmat keluar parti dan menyertai UMNO, Zaid berkata, beliau tidak gusar.

Menurutnya, parti itu telah menjangka dari awal lagi bahawa Dr. Halili akan berpaling tadah.

Zaid menjelaskan, tindakan bekas sahabat baik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dibuat atas sebab peribadi dan bukannya soal prinsip.

Kerja gila.. beli kuda lumba.. kemudian kata tidak pernah bertaruh... ini yang dikatakan menipu di siang hari.

No comments:

Post a Comment