Saturday, April 10, 2010

Sayang Negara Kita Bukan Jepun atau Korea; Kalau Ia Pasti Menteri KDN Letak Jawatan: Isu Sistem Keselamtan Diceroboh Musuh

Satu pertanyaan atau soalan yang perlu dijawab, bagaimana syarikat asing milik Israel mampu mendapat kontrak yang berhubungkait dengan kesalamtan negara?.

Di manakah pemantau kita? Apa kah negara kita terlalu daif sehingga mengetahui latar belakang sesuatu syarikatpun kita tidak ketahui?

Masalah keselamatan adalah perkara pokok bagi sesebuah negara berdaulat. Tiada guna memiliki senjata yang berbilion harganya, jika kemampuan dan rahsia daripada senjata itu telah diketahui.

Negera kita cukup efisien mendakwa atau menangkap perkara-perkara kecil seperti pencopet, seseorang yang menerima duit hanya berpuluh-puluh ringgit untuk mempelancar sesuatu urusan. Namun bagi perkara yang amat mustahak misalnya yang menyangkut keselamatan negara kita amat lemah.

Contoh yang paling ketara adalah menghilangnya Raja Petra Kamaruddin. Pelarian mahkamah ini dengan mudah meloloskan diri ke luar negara tanpa siapa tahu bagaimana caranya. Hingga kini pun tiada siapa yang tahu di mana RPK berada. Mungkin atas kejayaan membocorkan kelemahan keselamatan negara ini adalah penyebab dengan mudahnya RPK keluar daripada negara ini tanpa dapat dikesan.

Sayang negara kita bukan korea atau jepun. Jika perkara seumpama ini berlaku di negara-negara itu, sudah pasti menteri yang bertanggungjawab atau ketua yang diperteanggungjawabkan akan meletakkan jawatan.

Isu perisikan polis negara ini kononnya telah disusupi oleh agen Israel telah ditimbulkan oleh Ketua Pembangkang di dewan rakyat.

Setelah pembongkaran ini, baru lah menteri yang bertanggungjawab kepada PDRM sibuk dan telah bertindak. Jika sekiranya Anwar Ibrahim tidak mendedahkan perkara ini, mungkin selamanya pihak sistem kepolisan negara ini ditelanjangi oleh pihak musuh.

Melalui penyusuan musuh negara ke dalam sistem PDRM terasa sangat rapuhnya sistem keselamtan Negara.

Apa yang terjadi dengan sistem keselamtan Negara? Jika sekiranya Anwar Ibrahim tidak membangkitnya di Parlimen, tiada seorang tahu termasuk menteri dalam negeri Hishamuddin Hussien.

Ini yang dikatakan terantuk baru terngada.

Di mana kah sistem pemantuan? System TQM. Kenapa sistem pertahanan Negara begitu rapuh dan dengan mudah disusupi musuh dalam hal ini, Israel.

Dalam memberi reaksi kepada pendedahan Anwar itu akhirnya Kementerian dalam negeri (KDN) akhirnya mengakui bahawa wujudnya masalah dengan firma komputer yang mengendalikan perisiannya di Bukit Aman dan telah mengarahkan perkhidmatan berkenaan ditamatkan.

Selain itu, katanya, kerajaan akan mengambil empat pendekatan bagi menyiasat dakwaan bahawa perisik Israel berjaya menembusi maklumat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Hishammuddin berkata sebagai langkah permulaan pegawai khasnya telah diarahkan untuk membuat laporan polis.

Laporan yang sama juga dibuat kepada Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara yang sama juga akan dibawa ke Majlis Keselamatan Negara dan Jawatankuasa Terpilih Parlimen.

"Tuduhan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim adalah serius. Justeru, kita mesti menyiasat bagi menentukan kesahihannya," katanya.

6 April lalu, Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar mendedahkan perisik Israel wujud di Bukit Aman.

Ahli parlimen Permatang Pauh itu membuat pendedahan berkenaan ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat dengan mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu.

Menurut Anwar penglibatan syarikat berkenaan adalah melalui subkontrak daripada sebuah syarikat tempatan untuk menaiktaraf sistem komunikasi analog PDRM kepada sistem digital.

Kontrak yang dikenali dengan nama APCO 425 itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia pada tahun 2008.

Dakwanya lagi, dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC

No comments:

Post a Comment