Saturday, April 03, 2010

PRK Ulu Selangor: Hanya Saya Calon MIC: G Palanivel

Cuba buat analisa sendiri mengenai keupayaan G palanivel pada PRU-12 yang lalu.

Hulu Selangor mempuyai 3 kawasan DUN, semasa PRU-12 yang lalu semua kawasan DUN tersebut dimenangi oleh BN, 2Umno dan 1MCA. Walaupun semua DUN dimenangi oleh BN, namun bagi kawasan parlimen, calon BN yang diwakili oleh G Palanivel Timbalan Presiden MIC kalah tipis.

Kekalahan G Palanivel ini dikatakan kerana pemimpin MIC ini "bermasalah". Walaupun G Palanivel telah mewakili Ulu Selangor selama 4 penggal bermula daripada tahun 1990, namun mendapatkan sokongan padu daripada pengundi akar umbi, dikatakan kurang terserlah, terutama pengundi Melayu dan cina.

Mantan Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo sendiri,bahawa G palanivel adalah pemimpin bermasalah, bukan sahaja hubungannya dengan para pemimpin negeri kurang akrab akan tetapi juga dengan pemimpin akar umbi.

Faktor "unfrenidly" G Palanivel ini adalah punca utama kenapa Timbalan Presiden MIC itu ditolak oleh para pengundi Ulu Selangor pada PRU-12 lalu.

Pada kali ini, sebaik sahaja kawasan Ulu Selangor kosong, ekorang meninggalnya wakil rakyat kawasan itu Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR pada 25 Mac lalu akibat barah otak, Presiden MIC Samy Vellu, telah awal-awal mengistiharkan dan menamakan G Palanivel sebagai calon.

Tindakan Samy Vellu ini telah tidak mengikut tradisi BN, di mana pengerusi BN lah yang akan mengumumkan atau membuat keputusan, samada BN akan bertanding atau sebaliknya.

Nampaknya MIC telah kemaruk kuasa, ekoran kurangnya wakil MIC menjadi wakil rakyat ekoran tsunami politik yang melanggar parti itu pada PRU-12.

Pada PRU-12, bukan sahaja G Palanivel kecundang dan ditolak rakyat, malahan Samy Vellu sendiri telah ditolak di kubu tradisinya, kawasan Parlimen Sungai Siput, Perak.

Pada PRK ULU Selangor kali ini, MIC beria-ia sangat mencalonkan Timbalan Presidennya, dan mengharapkan jawatan Menteri jika menang. Atas sebab itu lah, G palanivel sendiri mengakui, bahawa tiada calon lain daripada MIC, keculai dia.

Sepatutnya G Palanivel sedar, bahawa selama 4 penggal menjadi wakil rakyat, seharusnya jika dia benar-benar memberi perkhidmatan memuaskan kepada pengundi Ulu Selangor, adalah tidak mungkin menolaknya. Lihat sahaja contoh, apabila Tan Sri Isa Samad bertanding semasa PRK Bagan Pinang pada Oktober 2009 lalu, walaupun berbagai pihak menolak pencalon Isa, termasuk lah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, namun Isa tetap menang dengan majoriti "landslide". Kemenagan Isa ini, ada kaitan dengan perkhidmatannya kepada pengundi Bagan Pinang yang begitu memuaskan dan terlalu susah untuk menolak Isa.

Seharusnya G Palanivel mengambil iktibar daripada Isa Samad, jika seseorang pemimpin diterima oleh para pengundi, apapun pemimpin itu tetap akan dipilih dan dipertahankan oleh pengundi.

G Palanivel sebenarnya telah ditolak oleh pengundi Ulu Selangor, seharusnya dia sedar bahawa hidung tak mancung, jangan pipi tersorong-sorong.

Dalam perkembangan berasingan Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanivel mengesahkan hanya namanya dicalonkan parti itu bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor untuk pertimbangan perdana menteri.

"Presiden MIC hanya pilih saya sebagai calon. Ini kerana saya adalah ketua bahagian (MIC Hulu Selangor), Pengerusi MIC Selangor dan Timbalan Presiden. Kalau tidak hanya satu nama, calon lain mari akan timbul persaingan. Itu akan menggegarkan cawangan MIC di seluruh negara," katanya kepada Bernama di Batang Kali di Kuala Kibu Bahru, petang semalam.

Difahamkan MIC sebelum ini menyenarai beberapa nama kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak sebagai calon pilihan raya kecil itu yang ditetapkan pada 25 April ini.

Palanivel, bekas wakil rakyat kawasan itu selama empat penggal sejak 1990 sebelum tewas pada pilihan raya umum 8 Mac 2008, disebut-sebut mewakili BN di kawasan itu walaupun ada desakan supaya diketengahkan calon daripada Umno.

Ditanya adakah beliau bersedia memberikan laluan kepada calon Umno, pemimpin nombor dua MIC itu mengakui ada usaha melobi calon lain, namun perkara itu terpulang kepada keputusan Perdana Menteri.

Pilihan raya kecil parlimen itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zainal Abidin Ahmad akibat barah otak pada 25 Mac lalu.

Penamaan calon ditetapkan 17 April ini.

No comments:

Post a Comment