Friday, April 02, 2010

PRK Ulu Selangor: 17 April Penamaan Calon; 25 April Pembuangan Undi

PRK Ulu Selangor sudah pun ditentukan. Penamaan calon ditetapkan pada 17 April, jika ada pertandingan, maka hari pengundian ditetapkan pada 25 April. Penamaan calon dan hari pengundian jatuh pada hari cuti, diharapkan peratusan pengundian akan meningkat.

Pada PRK kali ini, ada kemungkinan BN akan berhadapan satu lawan satu dengan Pakatan, namun calon ketiga, umpamanya calon bebas kemungkinan akan ikut bertarung merebut,kawasan Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad yang meninggal pada 25 Mac lalu akibat barah otak.

Sebenarnya parlimen Ulu Selangor adalah wilayah Barisan Nasional, sehingga tahun 2004, namun pada 2008, kawasan ini jatuh ke tangan pembangkang melalui Dr Zainal daripada PKR. Kemenangan Dr Zainal ada kaitan dengan kedudukannya sebelum ini, bahawa beliau adalah orang kuat Umno, dan pernah dilantik sebagai timbalan menteri besar Selangor.

Kemenangan Dr Zainal pada PRU-12 semata-mata kerana undi pribadi, kerana kawasan dewan undangan negeri yang terletak di bahawa parlimen Ulu Selangor, semuanya di menangi oleh BN, 2 Umno dan 1 Mca dengan jumlah majoriti melebihi 7,000 undi.

Ada cakap-cakap bahawa Barisan Nasional (BN) boleh menguasai semula kubu kuatnya — kerusi Parlimen Hulu Selangor — jika meletakkan calon selain Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel.

Ada juga cakap-cakap bahawa para penyokong BN termasuk pengundi india akan mengundi sesiapa sahaja, termasuklah calon daripada MIC, asalkan bukan "kuda tua" G. Palanivel.

Pengundi Ulu Selangor terdiri daripada lebih 60 ribu pengundi, dimana 54% melayu, 27% cina dan bakinya India.

Sebelum ini Samy Vellu telah menamakan semula Palanivel atas dasar kedudukan nombor dua beliau dalam parti. Setakat ini hanya satu nama yang telah diserahkan kepada Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak oleh MIC.

Untuk rekod Selain MIC, kerusi Hulu Selangor pernah ditandingi wakil MCA.

BN menganggap Hulu Selangor sebagai kubu kuat mereka dan tidak pernah tewas dalam mana-mana pilihan raya umum di kawasan tersebut sehinggalah tewas pertama kali pada Mac 2008.

Kali ini, jika BN tersilap meletakan calon, ada kemungkinan kerusi sepatutnya sudah "dalam gengaman" akan mudah terlepas

No comments:

Post a Comment