Thursday, April 15, 2010

PRK Hulu Selangor: Akhirnya BN Dapat Juga Calon: Kamalanathan Jadi Pilihan

Sebelum ini masalah pemilihan calon bagi mewakili BN agak kecoh kerana sifat Samy Vellu yang memaksa pucuk pimpinan BN untuk mencalon G Palanivel Timbalan Presiden Mic.

Dikhabarkan sehingga tengah hari tadi, isu pemilihan calon mengalami jalan buntu kerana keenggan Samy Vellu berkompromi.

Dikhabarkan juga Tan Sri Muhiyiddin terpaksa menerima cadangan balas Samy Vellu agar G Palanivel dilantik sebagai senator untuk membolehkannya dilantik ke jawatan timbalan menteri.

Pilihan pertama akar umbi Hulu Selangor V Mugilan terpaksa diketepikan, kerana Samy Vellu berkeras, jika V Mugilan dicalonkan sebagai calon, maka Samy Vellu akan memecatnya.

Ancaman Samy Vellu ini akhirnya Tan Sri Muhiyiddin menjumpai P Kamalanathan. Kamalanathan dikata merupakan calon terbaik yang pernah dipilih bagi kawasan Hulu Selangor.

Sementara itu rata-rata pemimpin Umno menyambut baik pengumuman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menamakan Ketua Penerangan MIC P. Kamalanathan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata pengumuman Kamalanathan itu memberi peluang kepada BN untuk merampas semula kerusi Parlimen Hulu Selangor itu.

"Kita merasa gembira kerana diumumkan Kamalanathan adalah calon BN di Hulu Selangor. Ini adalah baik dan mereka (Kamalanathan dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim) sama-sama merupakan orang baru. Jadi peluang adalah 50-50.

"Saya rasa gembira dan bersemangat untuk turun berkempen," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Datuk Saifuddin Abdullah yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno pula berkata pemilihan Ketua Penerangan MIC itu adalah pilihan yang tepat.

"Pada kita dalam Umno, itulah calon kita dan kita terima. Kita terima siapa saja yang dipilih oleh pucuk pimpinan. Saya rasa beliau seorang berpengalaman dan kita yakin kita ada harapan untuk menang.

"Saya nak ingatkan bahawa walaupun ada orang kata calon dari Parti Keadilan Rakyat Zaid Ibrahim adalah satu nama besar dan pernah jadi Menteri Kabinet, tapi kita kena ingat dalam pilihan raya nama yang besar sahaja tidak menjanjikan kemenangan," kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bagi memastikan calon yang dipilih itu menang, semua pihak dan jentera parti tidak perlu lagi mempersoalkan soal calon tersebut.

"Saya percaya rakyat di Hulu Selangor melihat kepada kepimpinan negara, soal apa yang Perdana Menteri lakukan, soal apa yang Perdana Menteri akan lakukan akan datang. Itu yang perlu kita lihat," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata pakatan PKR-DAP-PAS telah bersedia untuk berhadapan dengan calon BN itu dalam pilihan raya kecil itu.

Pilihan raya kecil itu diadakan ekoran kematian Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR pada 25 Mac lepas akibat barah otak dan penamaan calon ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sabtu ini.

No comments:

Post a Comment