Monday, April 05, 2010

Jika APCO Boleh Menjahanamkan Negara.. Tamatkan Sahaja: Apa Susahnya

Jika APCO Worldwide boleh menjahanamkan negara tamatkan sahaja kontraknya. Cukup mudah. Demikian juga telepon bimbit jenis nokia, haramkan kemasukan dan penjualnya dalam negara ini.

Dalam era globisasi ini terlalu sukar untuk memisah-misahkan mana satu product, syarikat yang tiada kaitan dengan yahudi.

Negara mana sahaja di dunia ini adalah pasti menjalankan perniagaan dengan kuasa besar Amerika Serikat. Jika sesebuah negara seperti Malaysia, langsung tidak mahu berniaga atau berhubugan dengan negara yang ada kaitan dengan yahudi, maka terpaksa melakukan polisi perdagangan tertutup, yakni kita-kita sahaja.

Demikian juga apabila negara memerlukan juruperunding luar negara yang mempunyai kepakaran tertentu, tidak dapat dielakkan peranan individu yang ada kaitan dengan yahudi. Apa kah individu itu warganegara Israel atau berketurunan yahudi, namun warganegara negara lain.

Desakkan pembangkang agar Majlis Raja-raja Malaysia campur tangan dalam pembabitan syarikat perunding antarabangsa APCO Worldwide (APCO) dalam pentadbiran negara kerana ia disifatkan mengajak orang luar ceroboh negara tidak patut diberi perhatian.

Sebelum pada itu, Nasharuddin yang juga Timbalan Presiden PAS memaklumkan kepada Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Malaysia, Datuk Sabtu Awwab bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Selasa lalu di Dewan Rakyat bahawa APCO mempunyai hubungan langsung dengan beberapa pemimpin strategik Zionis Israel.

No comments:

Post a Comment