Tuesday, March 02, 2010

Zukefli ! Kamu Tak Payah Main Wayang Lah

Ingat lagi tak sebelum Zulkefili berlepas ke Korea Selatan pada 23 Febrauari lalu? 2 hari sebelum itu Zul menulis dalam blognya dan mendakwa bahawa ada 4 orang wakil rakyat PKR akan keluar dalam masa 2 minggu. Namun apabila telah 2 orang wakil rakyat PKR sudah keluar berserta mantan setiausaha Agong, Salehuddin Hashim, pada masa kini pula Zul-Kulim ini bermain wayang.

Sebelum Zaharain dan Tan Bee Beng keluar PKR, terlalu banyak spekulasi bahawa Zul-Kulim ini akan keluar PKR, namun hingga kini ahli parlimen PKR bagi Kulim-Bandar Baharu ini hanya bermain wayang.

Semalam Lembaga disiplin PKR menunda tarikh bagi mendengar pertuduhan terhadap ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu bagi mempertimbangkan bantahan yang dikemukakannya.

Bercakap kepada pemberita semalam, Zulkifli berkata, beliau telah menimbulkan lapan isu yang yang menyebabkan lembaga tersebut memerlukan masa bagi mempertimbangkannya.

Pendengaran seterusnya akan dijalankan Khamis ini.

Walaupun enggan mendedahkan butiran lapan isu tersebut,namun dia sempat membayangkan, perkara tersebut antaranya:

- Meminta penjelasan sama ada lembaga tersebut boleh berlaku adil ketika berdasarkan kenyataan media, banyak pemimpin kanan PKR dilaporkan mahu beliau dipecat.

- Perbicaraan serentak dua pertuduhan terhadapnya akan mewujudkan prasangka di kalangan panel lembaga tersebut terhadapnya.

- mempersoalkan kenapa tidak ada tindakan yang sama terhadap pemimpin PKR lain seperti Wee Choo Keong (Wangsa Maju) yang turut dilaporkan bakal menghadapi tindakan yang sama.

Dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang semalam, Zulkifli sekali lagi menafikan mahu keluar parti dengan cuba membuatkan dirinya dipecat.

“Kenapa saya mahu dipecat? Saya boleh pecat diri sendiri,” katanya Ini lah wayang Zul. Tidak ada yang dapat meneka, apa maksud wayang Zul ini? Apa kah ini lah caranya agar supaya defacto leader PKR supaya terus berteka teki? Kerana jika Zul keluar PKR, taruhan Anwar yang besar adalah jawatan ketua pembangkangnya di parlimen. Anwar telah awal-awal memberi isyarat, bahawa dia tidak akan letak jawatan sebagai ketua pembangkang di parlimen. AYT tahu kenapa Anwar tidak mahu berhenti sebagai ketua pembangkang, kerana jawatan itu mempunyai elaun setaraf menteri kabinet Malaysia. Anwar takut kehilangan elaun-elaun, kerana gimiknya semasa dilantik sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor yang hanya meminta bayaran token RM1.00 sebulan, memerlukan eluan-eluan ketua pembangkang demi tambahan kewangannya.

Orang ramai dan rakyat telah bosan dengan wayang Zul ini? Jika sebelumya, rakyat nampak bahawa perjuangan Zul dalam menegakkan islam adalah ikhlas, sekarang ini, rakyat tahu bahawa Zul bermain wayang demi dirinya.

No comments:

Post a Comment