Friday, March 19, 2010

Sivakumar Terus Menyamar Speaker: R. Ganesan Buat Laporan Polis

Mantan Speaker DUN Perak V. Sivakumar terus menyamar sebagai speaker DUN Perak.Berasaskan kepada penyamaran ini R. Ganesan speaker DUN Perak yang dilantik barisan nasional membuat laporan polis hari ini.

ADUN Pakatan yang diketuai Nijar Jamaludin hingga kini terus mempertikai lantikan R. Ganesan, sebaliknya mereka (27 ADUN) masih mengiktiraf V. Sivakumar.

Persoalan kini apa kah sidang DUN Perak pada 30 Mac depan akan sama dengan sidang-sidang yang lalu? Ingat lagi kah sidang bawah Pokok pada bulan Mei, sidang Hotel Hertiage pada bulan September, dan sidang sendiri-sendiri pada oktober lepas?

Apa kah Bandarraya Ipoh akan kecoh lagi pada tarikh itu? Kalau pada bulan Mei, bandarraya Ipoh agak kecoh juga,namun pada bulan September, kekecohan hanya biasa, kecuali perarakan 28 DUN Pakatan ke Hotel Heritage terpaksa diiringi oleh pihak polis. Sidang pada bulan Oktober, pihak bentara DUN terpaksa bekerja lebih,kerana Sivakumar datang memakai jubah speaker. Pihak polis dan bentara terpaksa meminta Sivakumar menanggalkan jubah tersebut. Dalam proses menanggalkan jubah itu, Sivakumar mengoyaknya sedikit untuk kenang-kenangan katanya.

Sidang DUN Perak pada 30 Mac depan, kemungkinan kejadian pada sidang DUN yang lalu tidak berulang, ini kerana Nizar sudahpun memberi kenyataan bahawa mereka akan menjadi wakil rakyat yang baik. Namun persoalan yang ditimbulkan Nizar adalah kedudukan speaker, Datuk M Ganesan yang belum diiktiraf oleh kumpulan Nizar.

Tiga hari lalu dilaporkan Sivakumar, speaker Pakatan yang tersingkir dikhabarkan telah membuat jemputan kepada semua ADUN Perak agar menghadiri sidang DUN Perak yang bakal diadakan pada 30 Mac ini. Yang peliknya jadual yang sama bersamaan dengan jemputan M. Ganesan yang telahpun dihantar kepada seluruh ADUN yang berjumlah 59 itu bahawa persidangan DUN Perak untuk tahun ini akan diadakan pada 30 Mac.

Berasaskan kepada keadaan ini, dapat diramal, bahawa Nizar dan geng akan membuat kecoh lagi pada hari yang ditentukan.

No comments:

Post a Comment