Wednesday, March 03, 2010

Sidang DUN Perak 30 Mac: Ada Wayang Baru lagi Ke?

Apa kah sidang DUN Perak pada 30 Mac depan akan sama dengan sidang-sidang yang lalu? Ingat lagi kah sidang bawah Pokok pada bulan Mei, sidang Hotel Hertiage pada bulan September, dan sidang sendiri-sendiri pada oktober lepas?

Apa kah Bandarraya Ipoh akan kecoh lagi pada tarikh itu? Kalau pada bulan Mei, bandarraya Ipoh agak kecoh juga,namun pada bulan September, kekecohan hanya biasa, kecuali perarakan 28 DUN Pakatan ke Hotel Heritage terpaksa diiringi oleh pihak polis. Sidang pada bulan Oktober, pihak bentara DUN terpaksa bekerja lebih,kerana Sivakumar datang memakai jubah speaker. Pihak polis dan bentara terpaksa meminta Sivakumar menanggalkan jubah tersebut. Dalam proses menanggalkan jubah itu, Sivakumar mengoyaknya sedikit untuk kenang-kenangan katanya.

Sidang DUN Perak pada 30 Mac depan, kemungkinan kejadian pada sidang DUN yang lalu tidak berulang, ini kerana Nizar sudahpun memberi kenyataan bahawa mereka akan menjadi wakil rakyat yang baik. Namun persoalan yang ditimbulkan Nizar adalah kedudukan speaker, Datuk M Ganesan yang belum diiktiraf oleh kumpulan Nizar.

Hari ini difahamkan M. Ganesan telah menghantar surat kepada seluruh ADUN yang berjumlah 59 itu bahawa persidangan DUN Perak untuk tahun ini akan diadakan pada 30 Mac. Rekasi Nizar mengenai panggilan ini,memang sudah diduga, mereka tidak mengiktiraf surat undangan tersebut, kecuali surat jemputan daripada Sivakumar.

Jika demikian halnya, ada wayang baru lagi kah daripada kumpulan Nizar?

No comments:

Post a Comment