Friday, March 12, 2010

Siasatan Polis Terhadap Anwar: Pembangkang Mempolitikkannya

SIASATAN polis terhadap Anwar Ibrahim di politikkan oleh pihak pembangkang. Di mana-mana baik dalam blog, ceramah atau kedai-kedai kopi, pihak pembangkang mempolitikkan isu siasatan polis terhadap Anwar khasnya dan para pemimpin Pakatan amnya.

Pihak pembangkang menabur isu, bahawa pihak kerajaan mempergunakan polis untuk menekan pihak pembangkang.

Isu serupa menurut mereka telah berjalan sejak tahun 1998, namun akhir-akhir ini, isu penggunaan polis oleh pihak kerajaan semakin rancak dilakukan, dakwa mereka.

Isu campur tangan pihak polis terhadap isu politik mempunyai dua persektif, apa kah ianya positif kepada kerajaan atau negatif.

Pembangkang mudah memutar belitkan isu yang ada kaitan dengan pihak polis. Kata mereka, kadar jenayah terus meningkat,kadar penagihan dadah terus meningkat, kadar kemasukan PATI terus meningkat, namun pihak polis tidak mahu memberi perahtian yang serius mengenai perkara ini, akan tetapi isu-isu politik, telah menjadi perhatian mereka.

Kepetahan Anwar memutar belitkan isu ini, mampu menarik orang awam untuk mengikuti ceramahnya. Tidak dapat dipastikan apakah kehadiran orang awam mendengar ceramah Anwar ini boleh diterjemahkan kepada bentuk sokongan? atau hanya sekadar mendengar ceramah?

Pihak BN terutama Umno tidak boleh mengambil mudah perkara ini? jangan disebabkan faktor lain, sokongan rakyat terhadap BN dan Umno merosot.

Pihak pembangkang umumnya dan Anwar khasnya, telah lama menyerang penguatkuasa undang-undang negara, terutama pihak polis, kehakiman serta SPRM. Pihak pembangkangkang secara bersama-sama menyerang institusi ini.

Pembangkang semacam mempunyai program tertentu mengenai penyerangan terhadap penguatkuasa undang-undang ini. Baik di blog, media mereka, ceramah mereka dan melalui berbagai saluran, semuanya menjurus kepada mempertikai badan-badan tersebut.

Isu rakaman percakapan Anwar semalam telah diuar-uarkan oleh pihak pembangkang. Menurut pembangkang setakat ini telah 15 orang pemimpin mereka disiasat oleh pihak polis.

Pihak pembangkang mempertikai cara siasatan kepada mereka. Menurut mereka aduan dilakukan oleh pihak polis sendiri, kemudian aduan itu disiasat oleh pihak polis sendiri. Mereka mendakwa, proses ini adalah proses yang bermotifkan politik dan sudah tentu Umno lah menjadi sasaran.

No comments:

Post a Comment