Wednesday, March 17, 2010

Siapa Yahudi Dalam Pas?

Sejak Asri Muda keluar Pas pada tahun 1982, tiada pun pemimpin PAS yang bercakaran sedemikian rupa sehingga saling memburukkan seperti hari ini.

Hassan Ali bercakaran dengan Khalid Samad. Hassan Ali tidak sejiwa dengan Nizar Jamaluddin, malah Tuan Ibrahim pengerusi displin parti dipertikai kewibawaannya. Tidak terlepas Presiden Parti dan Timbalannya Ustaz Nasa juga dipertikai oleh para pemimpin bukan ulamak dalam Pas terutama kelompok Erdogan yang diketuai oleh Hussam Musa.

Perpecahan dalam Pas terutama antara para pemimpinnya semakin menjadi-jadi? ada sebahagian pemimpin Pas mengatakan bahawa Pas kini disusupi agen Yahudi?. Benar kah demikian?

Pas yang ditubuhkan daripada rusuk kiri Umno kerana memperjuangkan islam, kini perjuangan tersebut telah berubah. Perjuangan Pas sekarang bukan lagi mengarah kepada perjuaangan islam, akan tetapi perjuangan untuk merebut kuasa melalui kolabrasinya dengan Parti Chauvinis DAP. Pas kini diperkudakan oleh DAP demi mencapai tujuan parti itu, untuk mengujudkan matalamat middle Malaysia.

Sangkaan bahawa Pas disusupi Yahudi adalah tidak benar, para pemimpin Pas bercakaran kerana ideologi parti itu telah berubah. Perlu dingat tidak semua para pemimpin Pas bersetuju dengan hala tuju parti itu, perkara ini boleh dilihat, semasa ahli parlimen suatu masa dahulu roadshow mengenai Kerajaan Perpaduan. Terlihat pada masa itu, ahli parlimen Pas terbagi dua, yang separuh berpihak kepada Nik Aziz dan Hussam Musa, dan yang separuh lagi berpihak kepada Hadi Awang dan Ustaz Nasa.

Berasaskan kepada keadaan ini lah sangat nampak, bahawa perubahan ideologi Pas ada lah punca kepada percakaran antara mereka, jangan kambing hitamkan Yahudi, kerana yahudi tidak akan bersengkokol dengan pemimpin islam Pas. Kalaupun Yahudi menyusup adalah melalui parti yang berkawan dengan PAS, yakni DAP dan PKR.

No comments:

Post a Comment