Tuesday, March 23, 2010

Siapa Kata Sodomy II Itu Konspirasi

Kalau kerajaan nak kenakan Anwar melalui konspirasi, tidak payah dengan cara serumit sodomy.

Kerajaan boleh lakukan apa sahaja termasuk memalsukan dokumen yang berunsur salah guna kuasa semasa Anwar masih dalam kerajaan. Kerajaan boleh mencipta berbagai fakta yang to the point tanpa berbelit-belit untuk menjurumuskan Anwar dalam penjara agar karier politiknya berakhir.

Namun disebabkan kerajaan tidak terlibat langsung dengan kes liwat Anwar, maka kerajaan melalui proses perundangan memberi peluang kepada Anwar membela diri atas perbuatannya sendiri.

Sodomy II adalah hal peribadi Anwar. Malangnya, pihak mangsa liwat yakni Mohd Saiful Bukhari Azlan tampil untuk meminta keadalian atas dirinya. Saiful bersumpah dengan nama ALLAH , bersumpah laknat dalam rumah Allah, hanya yang belum Saiful lakukan berjumpa Yusof Qaradawi Ulamak Mesir, yang kononnya menyokong Anwar dalam sodomy II.

Sodomy II adalah antara Anwar dan Saiful. Tiada yang suruh Anwar meliwat Saiful. Demikian juga tiada yang suruh Saiful meminta keadilan untuk dirinya. Saiful tampil membuat laporan polis kerana tidak tahan lagi diliwat oleh Anwar.

Kalau lah benar seperti dakwaan Anwar dan penyokongnya bahawa sodomy II adalah konspirasi, tak kan kerajaan mahu melakukan kesilpan untuk kedua kalinya. Pada sodomy I, Anwar dibebaskan kerana masalah teknikal, kerana membuktikan sodomy adalah sesuatu yang amat rumit.

Kalau lah kerajaan mahukan konspirasi, kenapa melalui jalan rumit dan berliku-liku. Seperti yang diterangkan pada awal tulisan ini, kalau lah kerajaan melakukan konspirasi menjatukan Anwar, tidak pelrulah melalui kes liwat yang begitu rumit untuk dibuktikan. Kerajaan akan melakukan unsur rasuah seperti pemalsuan dokumen pemberian tender misalnya. Anwar tidak akan mampun menepis, kerana kerajaan boleh buat apa sahaja yang boleh untuk menjatuhkan Anwar.

Bodohnya kerajaan, melakukan konspirasi dengan cara berbelit-belit. Tak kan tiada seorang pun pemimpin kerajaan mampu berfikir melalui konspirasi untuk menjatuhkan Anwar dengan cara mudah, berkesan dan sukar ditepis.Lupakan apa seluruh dunia kata, yang penting Anwar jatuh melalui konspirasi.

Ini lah logiknya, kalau ada yang percaya bahawa sodomy II adalah konspirasi kerajaan. Kerajaan tidak perlu berkonspirasi dengan cara yang rumit-rumit, kalau kerajaan melakukan konspirasi, pasti bentuk konspirasi yang mantap dan jitu.

Bagi penyokong Anwar, jangan lah berkhayal dan menjaja ke sana ke mari, bahawa sodomy II ada lah konspirasi. Tanamkan pada fikiran anda, sodomy II adalah konspirasi Anwar dan Saiful.

Perbicaraan kes Anwar Ibrahim meliwat pembantunya, Saiful Bukhari hebat dicanang para penyokongnya sebagai konspirasi kerajaan untuk membunuh karier politik Anwar.

Itulah modal zaman berzaman yang digunakan para penyokong Anwar.

Soalnya, kalau kerajaan hendak bunuh karier Anwar Ibrahim, sepatutnya Anwar tidak dibebaskan terus daripada penjara beberapa tahun yang lalu.

Tidak tahulah kalau Pak Lah dan Khairy Jamaluddin tersilap langkah atau terlebih bijak ketika itu.

Namun, yang hendak penulis katakan ialah, takkan kerajaan hendak menggunakan isu liwat sahaja sebagai modal konspirasi untuk membunuh karier politik Anwar?

Kalau benar kerajaan terdesak untuk membunuh karier Anwar maka rasanya masih ada modal lain untuk digunakan.

Tindakan Anwar menjual nama Yang Dipertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kononnya menyokongnya untuk membentuk kerajaan pada 16 September 2008 sudah boleh dijadikan modal terbaru yang amat baik.

Selain Zahrain yang merupakan rakan karib Anwar satu masa dahulu, rasanya ramai lagi bekas Ahli Parlimen PKR yang sanggup tampil menjadi saksi untuk mengesahkan perkara itu.

Tindakan Anwar lari keluar daripada Dewan Rakyat ketika Zahrain buat pendedahan boleh mengkukuhkan lagi hujah bahawa Anwar memang telah menipu dengan menggunakan nama Agong dan ATM.

Kalau Anwar kekal dalam Dewan Rakyat masa Zahrain buat kenyataan, maka kemungkinan dia akan diminta sahkan atau nafikan perkara itu ketika itu juga.

Silap jawab dalam Dewan Rakyat, lagi buruk padahnya.

Kalau hendak kenakan Anwar, ini adalah antara peluang terbaik sebab dia guna nama Agong dan ATM.

ISA, OSA dan berbagai lagi yang boleh kerajaan lakukan, sebab apa? kerajaan yang berkuasa, namanya juga konspirasi...boleh gunakan apa sahaja untuk mengenakan Anwar.

Tak perlu gunakan liwat lagi, gunakan kenyataan Zahrain itu sebaik mungkin.

Namun, rasanya kerajaan tidak akan bertindak melulu.

Setakat mahu mencari alasan untuk mengenakan Anwar, hakikatnya ialah banyak modal lain boleh digunakan.

Liwat antara Saiful dan Anwar adalah perkara peribadi seperti kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri sudah beritahu banyak kali beliau tidak terbabit dalam hal itu.

Hakikatnya, Saiful yang mencari kebenaran dan keadilan untuk dirinya. Itu sahaja.

Memang adalah penyokong di pihak kerajaan bergembira dengan kemungkinan Anwar akan disabitkan meliwat Saiful ...itu memang ya. Tapi kalau hendak kata konspirasi zaman berzaman, semuanya disusun dan dirancang oleh kerajaan...bukanlah.

Yang sakitnya Anwar, dah keluar penjara pun masih tak bertaubat...masih juga meliwat anak orang lagi.

Apa pun, di sebalik semua ini, yang jelas ialah Anwar diberikan peluang untuk melalui satu perbicaraan yang sangat adil.

Kalau perbicaraan itu tidak adil seperti yang didakwa oleh Anwar dan penyokongnya, maka adakah mahkamah akan melayan begitu banyak karenah Anwar selama ini?

Kalau tidak adil atau satu konspirasi kerajaan, sudah lama perbicaraan ini dimulakan dan sudah lama Anwar disumbat dalam penjara.

Ini tidak, satu demi satu kehendak dan keinginan Anwar dinilai sehinggakan kes itu tertunda hampir 2 tahun daripada tarikh asal. Hanya beberapa perkara sahaja yang mahkamah tidak mampu layan kerana mahkamah juga terikat dengan hukum dan perundangan tersendiri yang perlu dipatuhi.

Bayangkan jika perbicaraan ini tidak adil atau konspirasi, adakah hakim terbabit akan sanggup mengadakan perbicaraan tertutup pada hari kedua semata-mata kerana bersetuju dengan Karpal Singh bahawa keterangan Saiful seperti bagaimana aksi liwat berlaku tidak perlu diketahui umum.

Macam penulis kata di atas tadi, kalau konspirasi peringkat kerajaan, ia tidak akan terlalu banyak komplikasi.

Ia akan bersifat cepat, pantas dan zalim serta membelakangkan apa satu dunia nak hendak cakap.

Kalau konspirasi kerajaan, sudah lama Anwar mereput dalam penjara, tidaklah dapat layanan 1st class macam sekarang.

Dan kalau benar ini konspirasi, maka ia adalah konspirasi yang paling alim dan paling baik kat dunia ini...semua yang suspek hendak, dilayan sampai ke saat terakhir.

No comments:

Post a Comment