Tuesday, March 16, 2010

Sandiwara Apa Pula Anwar Buat?: Batal Lucut Hakim Sodomy II

Sandiwara apa pula Anwar buat? sehinggakan melucutkan hakim sodomy II Mohammad Zabidin Mohd Diah ditarik balik.Sebelum ini kita ketahui bahawa Anwar beria-ia sangat melucutkan hakim itu, sehingga Karpal Singh peguambela utama Anwar tergamak menuduhnya bohong. Suatu yang ganjil berlaku! Apa kah wayang Anwar seterusnya?

Hari ini Anwar menarik balik rayuan berhubung keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohammad. Zabidin Mohd. Diah menolak permohonannya agar menarik diri daripada mendengar kes liwatnya.

Rayuan berkenaan sepatutnya didengar oleh Mahkamah Rayuan pada Jumaat ini.

Peguam Anwar sebelum ini membidas 'kecekapan' pihak pendaftar Mahkamah Rayuan yang memberikan tarikh mendengar permohonannya itu dengan begitu cepat.

Mereka mendakwa ia bukan sesuatu yang lazim bagi mahkamah menetapkan tarikh mendengar permohonan sebelum petition difailkan.Menurut Anwar notis penarikan itu difailkan menerusi firma guaman Tetuan S N Nair & Partners di pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Kuala Lumpur, pagi tadi.

"Setelah menimbang masa yang diambil agak panjang dan kami jelas tentang perjalanan mahkamah dan sistem kehakiman negara, kami memilih untuk menyegerakan kes ini dengan tarikh pendengaran semula pada 25 Mac, dan dari situ tarikh akan ditetapkan agar pasukan peguam saya dapat menyoal balas (pengadu), Mohd Saiful Bukhari Azlan," katanya di pejabatnya iaitu pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen hari ini.

Pada 19 Mac ini, Mahkamah Rayuan sepatutnya mendengar rayuan Anwar berhubung keputusan Mohamad Zabidin untuk tidak menarik diri daripada mendengar kes liwat itu.

Pada 8 Februari lalu, Anwar membuat permohonan supaya hakim itu menarik diri dengan alasan Mohamad Zabidin bertindak berat sebelah apabila enggan melayan permohonan peguam utama Anwar, Karpal Singh, untuk mengenakan tindakan menghina terhadap Utusan Malaysia berhubung dua artikel yang disiarkan akhbar itu.

Anwar menghadapi tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

No comments:

Post a Comment