Tuesday, March 16, 2010

Permbatalan Rancangan Fiskal Najib: Tanda-tanda PRU Mengejut?

Tindakan kerajaan tidak meneruskan bacaan kedua pembentangan rang undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) apabila Parlimen bersidang semalam dengan alasan memerlukan lebih banyak masa, membuktikan kegusaran kerajaan Barisan Nasional melaksanakan dasar yang mungkin menimbulkan kemarahan rakyat.

Menurut beberapa penganalis politik berdasarkan perkembangan itu, besar kemungkinan GST tidak akan diperkenalkan sehingga selepas pilihan raya umum ketiga belas nanti.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kerajaan juga telah menangguhkan pengumuman tarif elektrik baru dan menarik balik rancangan mereka untuk menghentikan subsidi petrol.

Cukai baru dan penarikkan semula subsidi berkenaan, sebenarnya bertujuan mengurangkan defisit belanjawan negara yang kini pada tahap paling tinggi sejak 20 tahun kebelakangan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengambil-alih tampuk pemerintahan negara tahun lalu pernah berikrar untuk mengurangkan defisit negara.

“Mereka kini menunggu Najib bagi mendapatkan mandat besar pada pilihan raya sebelum boleh meneruskan pembaharuan berkenaan,” kata James Chin seorang profesor di Universiti Monash di Kuala Lumpur.

Pilihan raya umum ke-13 tidak perlu diadakan sehingga 2013 tetapi ia mungkin diadakan seawal 2011, serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak yang merupakan kubu terkuat BN.Sarawak membekalkan 30 daripada 137 kerusi parlimen yang dimiliki BN di Dewan Rakyat.

Cukai GST dirancang untuk mengantikan cukai jualan mulai 2011 dan mendatangkan pendapatan sekitar RM8.8 bilion setiap tahun kepada negara. Ia sepatutnya dibentangkan pada sessi parlimen yang bermula semalam.

Dengan membatalkan rancangan fiskal ini, apa kah sebagai tanda bahawa PRU-13 akan diadakan dalam masa terdekat?

Dalam suasana kini, di mana pakatan pembangkang diselubungi masalah keyakinan rakyat, akibat pendedahan beberapa wakil rakyat dan pemimpin pakatan yang mendakwa bahawa para pemimpin Pakatan hanya berjuang untuk mendapatkan kuasa, mereka berjuang bukan untuk membela rakyat.

Misalnya di Kelantan, rakyat dapat menyaksikan, bahawa para pemimpin Kelantanpun tidak memberi penghormatan kepada Sultan Kelantan. Raja peremuan Kelantan merasa terkilan dan sedih, bagaimana para pemimpin Kelantan tidak pun melakukan ziarah kepada sultan, semasa sultan gering di hospital singapura.

Melalui peristiwa ini, rakyat sepatutnya mengambil iktibar, rakyat biasa lagi akan di beri penghormatan, sedangkan sultan pun tidak mereka hormati.

Benarlah pendedahan Zulkefli Noordin, bahawa jika Pakatan memeintah, maka kesultanan melayu akan dihapuskan dan digantikan dengan kerajaan republik.

Melalui suasana ini, rakyat sebenarnya merindukan pemerintahan BN di negeri-negeri yang di kuasai Pakatan, kerana Pakatan tidak mampu menunaikan semua janji-janji yang pernah mereka taburkan semasa PRU-12.

Semakin hari rakyat terbuka mata, bahawa Pakatan hanya boleh bercakap, namun semasa menunaikannya, mereka kabur dan bengong.

Mungkinkah Najib mempergunakan keadaan ini untuk mendapat mandat baru?

No comments:

Post a Comment