Friday, March 12, 2010

Kerana Bohong Lah Anwar Takut Siasatan Polis

Anwar dan Sivarasa Semasa Sidang Akhbar Selepas disiasat Polis Semalam
Anwar tiada pilihan lain. Dia terpaksa menuduh Umno, Najib dan Rosmah, bahawa tindakan polis membuat siasatan terhadap beberapa pemimpin pembangkang termasuk Anwar sendiri adalah usaha tersepit umno.

Anwar tiada isu lain, selain menuduh Umno dan kerajaan mempergunakan polis untuk menakut-nakutkan pemimpin pakatan.

Dalam negara itu tidak ada usaha menakut-nakutkan sesiapa, yang ada lah membendung sibaran fitnah yang dilakukan oleh pakatan pembangkang.Kerajaan mana pun di dunia ini akan mencari kebenaran dan membendung fakta atau fitnah yang dilontarkan.

Anwar dalam usahanya mengabui mata rakyat,memesongkan fakta agar supaya rakyat terlalai terhadap isu sebenar yang melanda pemimpin umum PKR itu, yaitu sodomy II.

Pihak Pakatan dari awal-awal lagi merencanakan membuat roadshow terutama di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan, untuk memutarbelitkan isu sodomyII.

Budaya melanggar undang-undang terus ditonjolkan oleh Pakatan, agar supaya kelihatan, apabila pihak polis mengambil tindakan kerana pelanggaran itu, pihak pembangkang boleh memutarkan isu tersebut seolah-olah polis melakukan harassment terhadap pembangkang.

Pembangkang akan terus menonjolkan bahawa mereka ditindas melalui perlakuan polis. Tujuan mereka ini adalah untuk mendapat simpati daripada rakyat, selain menggambarkan bahawa tiada kebebasan di negara ini.

Anwar terang-terangkan menuduh Najib dan Rosmah adalah perancang kepada semua tindakan polis ini. Ini sahaja lah yang boleh dibuat Anwar.

Membangkang isu-isu pembangunan, ekonomi, pendidikan dan semacamnya, Anwar dan pakatan pembangkang telah tenggelam punca, kerana mereka tiada alternatif mengenainya.

Perkara remeh temeh dan tuduhan tanpa fakta sahaja yang menjadi pautan Anwar dan Pakatan. Mereka tiada helah atau cadangan atau alternatif bagaimana membangun negara.

Anwar takut sangat kepada siasatan polis, kerana dia tahu dia hanya bercakap bohong dan fitnah. Kerana asas fitnah lah, Anwar kelam kabut dan merasa gentar dan takut.

No comments:

Post a Comment