Thursday, March 11, 2010

Karpal Singh "Singa" Tua Tidak Bertaring

Karpal Singh lupa sudah pada kenyataannya pada 8.2.2009 yang meminta Anwar bertaubat dan perlu mengosongkan jawatan De facto leader Pakatan.

Kali ini dengan megahnya dia berkata walaupun DAP mempunyai majoriti kerusi di parlimen, namun tetap memberi laluan kepada Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di parlimen.

"Atas nama Pakatan Rakyat, DAP walaupun lebih satu kerusi dari PKR, namun tetap memberikan laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di parlimen," ujarnya ketika berucap sempena Majlis Sambutan 2 Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Pulau Pinang di Tapak Ekspo Seberang Jaya, 2 hari yang lalu.

Karpal dengan bangganya memanggil dirinya 'singa' DAP, akan tetap berjuang menuntut keadilan kerana selagi Malaysia diperintah oleh BN, ia tetap merupakan negara korupsi dengan melaksanakan undang-undang yang tidak bertamadun. Karpal apa yang terjadi di Selangor? sehinggakan Teoh Beng Hock mati kerana kes rasuah.

"Saya sebagai ‘singa’ akan terus menentang ketidak adilan dalam negara walaupun saya ‘singa’ cedera namun untuk menyerah kalah tidak sama sekali. Kes Anwar mesti dibela kerana ia bukan manusia yang mengamalkan kelakuan buruk seperti itu. Itu fitnah semata-mata, " ujar Karpal. Betul-betul Karpal ini sudah pikun. Dia lah yang memulakan tuduhan kepada Anwar pada tahun 1998, bahawa Anwar adalah pengamal sex yang teruk. Jangan lah pura-pura lupa Karpal, kami masih ingat!!.

Apa pun yang Karpal kata, bagi rakyat yang telah mendapat maklumat terkini mengenai muslihat Pakatan melalui pendedahan Zulkefli Noordin, kaum majoriti negara ini tidak akan mudah menyerahkan kuasa kepada kaum lain, terutama kepada kamu Karpal!!.

No comments:

Post a Comment