Thursday, March 04, 2010

Hari ini Zulkefli Nordin Berdepan Lembaga Displin PKR: Akan Ada Wayang Baru Kah?

Masih segar dalam ingatan apabila wakil rakyat Nebong tebal Tan Bee Beng awal bulan lepas mengatakan akan terus bersama PKR untuk jangka masa yang tidak diketahui. Namun pada 1 Mac lepas, Bee Beng keluar PKR dan isthiar menjadi wakil rakyat bebas.

Demikian juga ikrar 12 wakil rakyat semalam, bahawa pada masa ini mereka masih menyokong PKR dan Anwar Ibrahim. Namun sampai bila? belum diketahui.

Hari ini Zulkefli Nordin berhadapan dengan lembaga displin Parti PKR. Apa kah selepas ini Zul akan bersandiwara lagi? belum diketahui muslihat bekas ahli Pas ini.

Zul adalah wakil rakyat sebelum ini di desas desuskan akan meninggalkan PKR kerana kelancangannya mengritik pimpinan Pakatan terutama Lim Guan Eng. Malah Zulkefli pernah menulis dalam blognya bahawa Lim Guan Eng itu komunis, namun tulisan itu dibuang olehnya.

Zul juga mengritik ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berhubung isu kalimah Allah, sehinggakan wakil rakyat Kulim-Bandar Baharu membuat laporan polis. Berasaskan laporan polis itu lah ramai pemimpin PKR termasuk Azmin Ali dan Zaid Ibrahim mahukan Zul dipecat daripada PKR.

Reaksi Zul kepada seruan memecatnya, dia menulis dalam blognya bahawa terdapat firaun-firaun kecil dalam PKR yang ingin memancungnya daripada parti.

Zul sejak bermulanya tahun ini terus membuat kritikan hebat terhadap kepimpinan Pakatan, namun hingga kini dia masih bersandiwara. Tidak sama dengan YB Zaharin dan Tan Bee Beng, 2 wakil rakyat ini hanya memerlukan masa dua minggu untuk keluar PKR setelah mereka membuat kritikan terhadap kepimpinan Pakatan terutama Lim Guan Eng.

Apa istimewanya Zulkefli, walaupun telah diberi gelaran melampau oleh Anwar Ibrahim, namun masih berada dalam PKR. Apa kah Zul mempunyai lesen khas, kerana dia merupakan team peguambela Anwar semasa sodomy I?

Sekiranya lembaga displin PKR hanya memberi surat amaran kepada Zul sama dengan Hassan Ali oleh lembaga displin parti Pas, apa kah reaksi Lim Guan Eng? dan Khalid Samad? Apa kah keutuhan Pakatan masih terjamin?

Sekarang ini krisis keyakinan melanda PKR, sehingga wakil rakyatnya dipaksa membuat aku janji dan ikrar. Namun sampai bila kah ikrar ini akan bertahan?

Pada hari ini ada wayang baru kah daripada Zulkefli Nordin?

No comments:

Post a Comment