Thursday, March 18, 2010

Dewan Rakyat: Pembongkaran Zaharin: Selain Ghafur Salleh, Anifah Aman Konon Turut Melompat

Pendedahan Zaharin terhadap pembohongan Anwar mengenai gerakan 16 Septembernya selain menyebut beberapa wakil rakyat BN daripada semenanjung, juga menyebut wakil rakyat Sabah seperti Ghafur Salleh dan Anifah Aman. Sebagai catitan,kedua-dua wakil rakyat dari Sabah ini menolak lantikan mantan PM Abdullah Badawi untuk jawatan timbalan menteri.Ucapan penuh YB Zaharin disini

Zaharin juga mendedahkan bagaimana dahsyatnya pembohongan Anwar, sehingga nombor plate keretapun sudah tersedia, yakni WMK 6, yang menggambarkan Perdana Menteri Malaysia ke-6.

Pada masa itu, kami Ahli-Ahli Parlimen PR khususnya PKR pada masa itu diarah berada didalam kawasan Parlimen untuk mengambil alih kuasa tersebut yang dikatakan akan berlaku bila-bila masa.

Kami dibohongi kononnya salah seorang Timbalan Speaker akan mempengerusikan usul undi tidak percaya yang akan dikemukakan terhadap Kerajaan Persekutuan dan menyokong PR mengambil alih Kerajaan Persekutuan. Begitulah sandiwara pembohongan 16 September yang menyebabkan akhirnya keraguan mengatasi keyakinan saya terhadapa perjuangan PKR, 'doubt has overtaken my faith'.

Slogan baru ini (Middle Malaysia) jelas membuktikan agenda perkauman sempit yang dibawa oleh YB Bagan. Nasib bangsa Melayu dan umat Islam terpinggir dan semakin teraniaya. bukan sahaja golongan bawahan dan marhaen teraniaya, malahan institusi Islam juga dipermainkan. Bukan sahaja institusi seperti Pusat Zakat menjadi mangsa politik chauvinis mereka, malahan cubaan membatalkan sambutan perarakan maulidurasul membuktikan sikap anti Islam yang menebal dibawah kepimpinan YB Bagan.

Baru-baru ini saya telah terpilih mengikuti rombongan lawatan kerja deligasi Parlimen Malaysia ke Washington DC untuk memperkukuhkan hubungan dua hala Malaysia - Amerika termasuk menambah baik hubungan dagangan Malaysia-Amerika. Ini termasuk lawatan ke Kongres, Senat dan US Trade Representative dan menghadiri forum tertutup yang dianjurkan oleh CSIS ( Centre For Strategic & International Studies ) Amerika Syarikat.

Saya sangat terkejut apabila penganjur daripada CSIS memaklumkan kepada kami bahawa ada menerima panggilan dari seorang pembantu khas YB Permatang Pauh bernama Aasil kazi Ahmad yang meminta pihak penganjur CSIS membatalkan forum tersebut. Ini adalah kerana selama ini YB Permatang Pauh telah memonopoli sebarang pertemuan dengan pihak Amerika dan menentukan apa jenis maklumat yang boleh disampaikan kepada pihak pentadbiran Amerika. Namun senario ini berubah dengan usaha gigih YB Rompin merangkap Duta Besar yang baru Ke Amerika dan YB padang Rengas Menteri di JPM. Usaha ini telah berjaya memecahkan topeng politik mereka.

Dato Yang DiPertua, setahu saya Aasil ini adalah salah seorang pembantu khas YB Permatang Pauh yang bekerja di Pejabat Ketua Umum PKR di Ibu Pejabat PKR. Beliau juga adalah salah seorang 'spin doctor' bagi mereka khususnya bagi perhubungan luar dan antarabangsa mereka. Saya mendesak KDN untuk menyiasat watak bernama Aasil ini. Apakah dia mempunyai permit bekerja dalam negara ini, dan sama ada beliau sebenarnya antara dalang-dalang antarabangsa yang memainkan peranan menggugat kestabilan negara. Saya mengesaki Aasil adalah warga Amerika keturunan Pakistan, seorang warganegara asing yang pada saya adalah pengkhianat bagi negara ini. bagi saya. Malaysia tidak memerlukan pengkhianat asing seperti ini. Saya mendesak supaya KDN mengambil tindakan tegas dengan menghalau watak pengkhianat seperti ini.

Selanjutnya semasa forum tertutup tersebut, hanya wakil media dari MalaysiaKini yang datang dari san Francisco dibenarkan oleh penganjur hadir membuat liputan. Apa yang mengejutkan saya, laporan awal mengenai forum tersebut tidak pula dilaporkan dalam MalaysiaKini, sebaliknya muncul dilaman portal kononnya dimiliki oleh Raja Petra, seorang fugitive yang bankrap yang kini didalam pelarian. Ini adalah laman web yang sering dipergunakan oleh pimpinan PR untuk melempar fitnah terhadap sesiapa yang menjadi sasaran mereka, terutamanya yang tidak sehaluan dan tidak menyokong mereka secara membabi buta. Ternyata laporan awal wakil MalaysiaKini disalurkan kepada Raja Petra untuk dicanaikan dahulu!

No comments:

Post a Comment