Tuesday, March 23, 2010

Boleh Percayakah Pada Zaharin?

Boleh percaya kah pada pendedahan Zaharin? Jangan kita mengambil bulat-bulat pada pendedahan itu. Zaharin bagi Umno atau BN adalah orang baru. Jangan pula terdengar guruh dilangit air ditempayan dicurahkan.

Zaharin hingga 11 Februari lalu adalah orang Anwar, hanya pada 17 Mac Zaharin bertolak belakang dengan Anwar, itupun kerana pendedahannya mengenai gerakan 16 September Anwar.

Apabila kita mendengar penjelasan Saifudin Nasution bahawa selama 2 tahun suara Zaharin tidak pernah kedengaran di dewan rakyat, hanya lah pada 17 Mac, tiba-tiba Zaharin berubah, bukan Zaharin yang dikenail oleh wakil-wakil rakyat lain kerana sebelumnya wakil rakyat ini bersifat pemalu, kerana tidak pernah pun ikut berbahas di dewan.

Gelaran Saifuddin kepada Zaharin sebagai "attack dog" umno, memang menyakitkan Umno, namun gelaran itu tidak boleh dianggap enteng.

Persoalannya sekarang sejauh mana rakyat jelata menerima pendedahan Zaharin itu, atau kah hanya para pemimpin Umno sahaja yang bertempik, sedangkan rakyat di bawah sana, tidak yakin dengan pendedahan Zaharin itu.

Jangan lah kerana seekor anjing tersepit yang terlepas, kita boleh menerima semua dakwaannya. Kita mesti menarik nafas panjang, berfikir sejenak, mesej apa yang terkandung dalam pendedahan itu.

Kita perlu dapat membezakan janji politik dan janji sebenarnya.Bagi AYT dalam politik berbagai janji akan ditaburkan, tujuannya agar sesebuah parti politik itu mendapat sebanyak mungkin sokongan, demikian juga pemimpin politik akan melemparkan 1001 macam janji politik agar seseorang pemimpin itu mendapat seramai mungkin penyokong.

Bagi AYT gerakan 16 September Anwar adalah janji politiknya agar supaya para wakil rakyat pembangkang akan terus merestuinya sebagai ketua. Anwar terpaksa membuat janji politik, kerana masa itu Anwar dikejutkan dengan laporan sodomy terhadapnya yang dibuat pada 28 Jun 2008 oleh pembantu perbadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Demi menghidupkan motivasi pada dirinya, maka Anwar terpaksa mencetuskan propaganda baru, misalnya Gerakan 16 September.

Anwar tahu, bahawa mencuba lebih baik daripada membiarkan keadaan apa adanya. Lalu, Anwar mencanangkan Gerakan 16 September. Anwar mencipta janji politik demi meyakinkan wakil-wakil rakyatnya sendiri dan wakil-wakil rakyat yang ingin di pancingnya dengan menggunakan nama Yang Dipertuan Agong dan juga Ketua Angkatan tentera Malaysia.

Nama-nama wakil rakyat barisan nasional yang disebut Zaharin yang bakal melompat parti sepertimana dakwaan Anwar, misalnya Anifah Aman-wakil rakyat Kimanis Sabah dan kini sebagai Menteri luar, adalah kerana di mata Anwar, Anfiah sudah tidak sebulu dengan kerajaan Abdullah Badawi masa itu, atas sebab melalui ucapan Anifah di parlimen "lebih baik tinggal di rumah teres kerana lebih selesa dan dihargai, dibanding di rumah bungalow tetapi dianaktirikan" Selain itu, Anfiah Aman juga adalah wakil rakyat yang menolak lantikan sebagai timbalan Menteri di bawah kerajaan Abdullah Badawi.

Janji politik adalah janji politik. Anwar telah melakukan semaksima mungkin kepakarannya dalam membuat janji politik, namun kejayaan janji politik yang Anwar cipta itu tidak mendatangkan keputusan apa-apa. Buktinya hingga kini, tiada seorangpun wakil rakyat BN yang meninggalkan BN.

Namun demi hiburan politik, pendedahan Zaharin itu tetap menghiburkan. Sekurang-kurangnya rakyat paham apa itu janji politik. Janji politik tetap janji politik, tiada siapa yang boleh menyangkal janji politik,kerana politik adalah satu ART, di mana falsafah politik itu sendiri adalah the art of possible.

Kerana itu, melalui pendedahan Zaharin ini, kita perlu mengambil iktibar, bahawa janji-janji politik itu sebenarnya adalah retorik.

No comments:

Post a Comment