Thursday, March 25, 2010

Altantuya-Najib-Rosmah: Pengakuan Zulkefli Menjawab Segalanya

Altantuya Shaaribu dijumpai mati di Puncak Alam pada 19 Oktober 2006. Punca kematian wanita cantik Mongolia tersebut adalah melalui tembakan dan letupan bom C4. Pembunuhnya dua orang anggota polis Malaysia yang bernama Sirul Omar dan Ketua Insepktor Azilah Hadri telahpun dijatuhi hukuman mati oleh mahkmah tinggi Shah Alam.

Perbicaraan kematian Mongolia itu menjadi dramtik kerana penulis blog Malaysia Today Raje Petra Kamaruddin yang kini menjadi pelarian mahkamah telah mengaitkan Najib dan Rosmah terlibat dengan pembunuhan tersebut.

Namun semasa perbicaraan OKT Sairul Omar dan Azilah Hadri belum pernah menyebut nama Najib dan Rosmah. Malah Razak Baginda yang dituduh bersubahat membunuh wanita cantik Mongolia tersebut terlepas daripada pertuduhan,kerana Razak didapati tidak terlibat dengan "pembunuhan".

Pembunuhan Altantuya adalah keputusan Azilah sendiri dan dibantu oleh Sirul Omar.

Selain fitnah RPK, kematian Altanuya atau siti Aminah digegarkan melalui pengakuan bersumpah oleh penyiasat persendirian Balasubramaniam, yang kini juga menjadi pelarian.

Melalui pengakuan Zulkefli Noordin di dewan rakyat semalam, semasa menjunjung kasih titah Yang Dipertuan Agong, Zulkefli yang juga wakil rakyat Bebas bagi kawasan Kulim-Bandar Bharu, Kedah mengatakan bahawa suatu masa, dia diarah oleh "pihak ke-3" untuk mengaitkab Najib dan Rosmah, dan juga dia sempat menyediakan surat akuan bersumpah yang mengaitkan Najib dan Rosmah. Namun, dengan izin Allah katanya, dia belum tergamak melibatkan diri untuk memfitnah Najib dan Rosmah.

Zul juga mengatakan bahawa pada awalnya dia adalah peguam Azilah, namun terpaksa menarik diri kerana takut tidak dapat menjalankan tugas secara profesional, kerana adanya "pihak ke-3". Sayang, Zul belum sanggup mendedahkan "pihak ke-3" itu pada masa ini.

Disebab pengetahuan yang "hand-on" mengenai fitnah yang dicipta yang mengaitkan Najib dan Rosmah, Zul akan menemui PM dan DS Rosmah untuk meminta Maaf.

Akhirnya kebenaran berjaya juga terungkai. Bagi mereka yang suka menabur fitnah, berhenti lah, kerana lambat laun fitnah itu akan terbongkar juga. Berkata lah yang benar.

Kepada Anwar dan kawan-kawan jika pun ingin merebut tampuk pemerintahan daripada barisan nasonal,katakan lah yang benar, jangan berselindung dengan fitnah, kerana fitnah itu tidak akan berjaya meruntuhkan keyakinan rakyat kepada kerajaan.

No comments:

Post a Comment