Dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang bahawa Melayu dipinggirkan dalam agihan projek di negeri itu dinafikan oleh Idris Ahmad.
Idris memberi statistik bahawa Pada 2008, (seramai) 78 Kontraktor Melayu, berbanding 35 kontraktor bukan Melayu, telah menerima projek melalui sebut harga begitu lah dakwaan Ketua Penerangan Pas tersebut, namun nilainya tidak diberikan. Bagi AYT apa lah ertinya pada sebuah nombor, walaupun jumlahnya banyak namun nilainya sedikit. Apa lah ertinya banyaknya jam tiruan made in Chowkit dibanding jam rolex product of KLCC.
Idris juga memberi maklumat bahawa kerajaan Pakatan Pulau Pinang telah berjaya memberikan Satu kontraktor Melayu dan satu kontraktor bukan Melayu masing-masing telah menerima projek melalui tender terbuka.
Orang melayu- Pas ini hanya tahu melihat angka besar pada jumlah kontraktor namun tidak faham menilai nilai (value) projek yang diberikan. Seperti yang disebutkan apa lah gunanya jumlah yang ramai, namun nilainya jauh lebih kecil. Sebagai contoh yang diberikan Idris bahawa pada tahun 2009 projek yang diberi kepada kontraktor Melayu melalui tender terbuka bertambah kepada 45 syarikat dan bukan Melayu 6 Syarikat.
Idris sangat bangga kerana jumlah perorang bumiputera yang mendapat kontrak telah bertambah walaupun nilainya sedikit. Idris juga merasa bangga bahawa bukan melayu mendapat kontrak yang jumlahnya sedikit namun bernilai ratusan juta.
No comments:
Post a Comment