Wednesday, February 24, 2010

Sodomy II: Tiada Jalan Keluar Bagi Anwar

Mahkamah Rayuan 17 Februari lalu sebulat suara menolak permohonan Anwar untuk menguggurkan sodomy II. Mahkamah rayuan memberi keputusan bahawa pertuduhan terhadap Anwar adalah lengkap dan tidak menyalahgunakan proses mahkamah.

Sebelum keputusan pada 17 Februari itu, Anwar beberapa kali menanguh perbicaraan sosomy II melalui berbagai sebab antaranya permohonan dokumen yang digunakan oleh pihak pendakwaan diserahkan terlebih dahulu kepada Anwar sebelum perbicaraan bermula.

Sebelum perbicaraan sodomy II pada 3 Februari lalu, Anwar berjaya menangguhkan kes ini untuk bermula sehingga 20 kali.

Apabila perbicaraan bermula pada 3 Februari, maka rakyat umum sedikit sebanyak mengetahui kisah sebenar sodomy II. Dalam keterangan Saiful Bukhari Azlan pada hari pertama dan kedua, beberapa kata laluan terbongkar dalam proses meliwat Saiful. Antara laluan tersebut adalah "Mokhtar" dan "can i fuck you today".

Melalui perbicaraan itu juga Karpal Singh sebagai ketua peguam Anwar merasa marah apabila Anwar dipotretkan sebagai peliwat. Perkataan "LAGI" menjadikan peguam cara II negara Mohammad Yusof Zanial Abiden berbalas hujah dengan Karpal Singh.

Selain itu ayat-ayat yang ada kaitan "LAGI" menjadi asas kepada Anwar membuat permohonan agar hakim yang mendengar sodomy II yakni YA Mohammad Zabidin Mohd Diah dilucutkan atas sebab menurut Anwar, kerana hakim itu enggan mengeluarkan arahan "menghina mahkamah" ke atas laporan Utusan Malaysia yang membawa tajuk " Tak Rela Diliwat Lagi" serta persoalan Anwar, kenapa gambar-gambar yang menonjokkan Saiful memberi petunjuk kepada katil di mana perlakuan sodomy ke atas berlaku.

Dalam proseding mahkamah rayuan sebelum itu, mahkamah rayuan juga membenarkan permohonan barisan pendakwa untuk tidak menyerahkan dokumen kepada Anwar sebelum perbicaraan. Dokumen hanya diserahkan semasa hari perbicaraan. Mahkamah Rayuan juga menolak rayuan balas Anwar terhadap perintah Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk mendapatkan sampel spesimen daripada pengadu dalam kes liwat itu, iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh Hakim Datuk Hasan Lah, yang mengetuai panel dianggotai Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Hakim Datuk Sulaiman Daud.

Antara dokumen penting yang diminta oleh Anwar sebelum ini adalah kenyataan yang direkodkan daripada saksi iaitu Mohd Saiful Azlan (saksi utama), Dr Osman Abdul Hamid (Hospital Pusrawi), Hassanuddin Abdul Hamid (pemilik kondominium tempat kejadian kes), serta kenyataan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur, nota ahli kimia dan laporan perubatan.

Dalam keputusannya, Hakim Hasan berkata dokumen yang diminta Anwar tidak termasuk dalam ketetapan Seksyen 51A Kanun Acara Jenayah kerana terdapat batasan bagi pihak pendakwaan untuk membekalkan dokumen tertentu kepada tertuduh."Dalam prosiding jenayah, mahkamah tidak membenarkan sebarang cubaan bagi mendapatkan siasatan,"

AnwaPada 2 Februari 2010 Anwar sekali lagi cuba menganggu perjalanan mahkamah dengan membuat rayuan agar pihak mahkamh tinggi wajar menunggu keputusan mahkamah rayuan (17 Februari itu) sebelum proseding mahkamah tinggi bermula.Namun, YA Zabidin memerintahkan agar pihak pendakwaan boleh meneruskan hujah mengemukakan bukti-bukti termasuk memanggil saksi-saksi, dokumen-dokumen, DNA, laporan doktor yang membuktikan bahawa Anwar meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari seperti yang didakwa sebelum ini.

Dengan penuh dramtik akhirnya pendakwaraya berjuga memberi hujah pada 3 Feberuari lalu.

Tetapi dalam kes liwat Anwar-Saiful ini,Anwar nampaknya keberatan untuk meneruskan kes. Anwar dilihat sedaya upaya untuk mengelakkan kes ini disebut. Persoalanya kenapa, mengapa dan sampai bila Anwar mampu mengelak ?

Nampaknya kes liwat Anwar-Saiful ini penuh dengan dramatik:

1. Ketika Saiful membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur pada 28 Jun 2008, Anwar melarikan diri berlindung di kedutaan asing (Turki). Kenapa dan mengapa sampai melarikan diri berlindung di kedutaan asing ?

2. Pada mulanya Anwar mendakwa tidak kenal siapa Saiful Bukhari Azlan. Tetapi apabila dikeluarkan video Saiful menemani Anwar dalam satu ceramah politik dan video Anwar berfoto dengan bapa Saiful (Azlan), Anwar terdiam hingga sekarang.

3. Sekitar September 2008, Anwar mendakwa dia tidak meliwat Saiful dan dia mempunyai sekurang-kurang lima alibi untuk mengesahkan dia tiada di tempat kejadian pada tarikh dan masa yang didakwa. Tetapi sehingga sekarang, Anwar tidak menggunakan hujah alibi dalam mana-mana alasan hujah pengguguran kes. Kenapa dan mengapa Anwar tidak menggunakan hujah alibi, sedangkan (kalau benar dia ada alibi), hujah itu paling kuat ?

4. Sekarang Anwar mendakwa dia mempunyai 'hujah kuat' iaitu tiga laporan doktor yang mengesahkan dia tidak meliwat Saiful. Kalau benar dia mempunyai 'hujah kuat' itu, kenapa dan mengapa Anwar masih bersunguh-sungguh merayu dan meminta dokumen-dokumen, DNA, nota perubatan dan laporan doktor daripada pihak pendakwa sebelum dibicarakan ?

5. Penyokong-penyokong PKR mempersoalkan kenapa setelah Saiful kena liwat sebanyak 9 kali, baru dia melaporkan kepada polis. Kenapa tidak laporkan ketika kali pertama kena liwat. Ini bukti konspirasi. Persoalannya macam mana penyokong PKR tahu, Anwar meliwat Saiful sebanyak sembilan kali ? Kalau sudah meliwat sebanyak sembilan kali maknanya apa ?

Sekarang terletak di tangan Anwar untuk menghadapi atau terus mengelak lagi. Kalau mahu mengelak lagi, tetapi sampai bila?

Persoalannya, jika benar, Anwar tiada di tempat kejadian, jika benar Anwar mempunyai alibi, jika benar Anwar mempunyai tiga laporan doktor yang mengesahkan dia bukan peliwat, kenapa Anwar perlu meminta-minta bukti lagi ?

Biarkan pendakwa mengemukakan bukti-bukti mereka, kemudian Anwar lawan secara anak jantan dengan bukti-bukti Anwar yang dikatakan 'kuat' itu. Biar mahkamah menentukan.

Tetapi, oleh kerana Anwar sentiasa berdolak dalik dan melakukan pelbagai perkara yang ditafsirkan untuk mensabotaj, ini semua menunjukkan bahawa Anwar merasakan bahawa sodomy II tiada jalan keluar baginya lagi.

Apa pun muslihat Anwar kini, rakyat sudah hilang kepercayaan kepada dirinya, kecuali para pemimpin seperti Lim Kit Siang dan Nik Aziz,itupun kerana alasan politik. Sejarah telah mengajar kita, sepanjang setahun setengah yang lalu, Anwar terbukti seorang politikus yang bangkrap dan pembohong. Bukti yang paling nyata adalah 16 September!

No comments:

Post a Comment