Monday, February 22, 2010

Sambutan Dingin Untuk Wan Azizah-Presiden PKR

Mesyuarat PKR Negeri Sabah yang dihadiri Presiden parti itu Datuk Wan Azizah Wan Ismail nampak dingin. Kedatangan Wan Azizah hanya disambut oleh para ketua cabang yang dilantiknya, tidak lebih dari itu.

Mesyuarat semalam, ya macam mesyuarat sebuah syarikat, di mana hanya lembaga pengarah sahaja yang hadir termasuk acara sambutan.

Nampaknya terlalu sukar bagi PKR bertapak di Sabah. Rakyat Sabah memberi sambutan dingin.

Nampaknya penyertaan Kalakau Untol bekas ketua pemuda UPKO tidak memberikan impak apa-apa.

Kedatangan Wan Azizah semalam adalah sebagai risikan sambutan atau impak kepada kemasukkan Kalakau untol ke dalam PKR, sebelum lawatan Anwar yang dijadualkan pada 28 Februari ini.

Pengalaman AYT melihat bagaimana sesebuah parti itu boleh ada uummhh atau impak adalah sambutan kepada Presiden Parti itu dikala membuat lawatan.

Jika begini lah sambutan kepada Presiden sebuah Parti yang dikatakan ingin merampas kerajaan daripada Umno-BN, lebih baik lupa kan niat itu.

Rakyat Sabah sudah terlalu masak dengan sepak terajang parti politik. Rakyat Sabah sudah biasa menjadi pembangkang kepada Umno-BN, namun akhirnya Umno-BN lah yang boleh membantu rakyat ini membangun dan keluar daripada kancah kemiskinan.

Pemimpin negeri yang diketuai oleh Musa Aman dan dibantu oleh Salleh Said akan terus memacu negeri ini, membangun dan terus membangun.

No comments:

Post a Comment