Friday, February 19, 2010

Pukulan Sodomy II: Anwar Terpaksa Minta Bantuan Rakyat Asing

Anwar dan Micheal Dandby Pejuang Gay/Lesbian Australia
Pukulan Sodomy II yang melanda Anwar kini, memaksa pemimpin umum PKR itu minta bantuan rakyat asing. Terkini Anwar terpaksa membawa tiga pakar yang dikatakan pakar DNA dan forensik.

Pakar asing yang dimaksudkan itu ialah Dr Brian Mc Donald dari Sydney Australia, dan pakar forensik - Dr C Damodaran, dari Chennai, India, Dr David Wells dari Melbourne, Australia.

Perbicaraan sodomy II akan disambung pada 25 Mac depan, di mana pada hari itu akan diketahui samaada hakim yang mendengar kes sodomy II akan meneruskan mendengarnya atau sebaliknya.

Pada 17 Februari lalu Mahkamah Rayuan telah pun menolak rayuan Anwar untuk menguggurkan sodomy II. Dalam pehakiman tersebut, mahkamah rayuan yang terdiri daripada 3 panel hakim sebulan suara menolak rayuan Anwar menguggurkan sodomy II. Dalam keputusan tersebut 3 panel hakim mahkamah rayuan memutuskan bahawa tuduhan sodomy II adalah lengkap dan tiada maksud menyalah gunakan proses mahkamah.

Anwar dalam usahanya menguggurkan kes sodomy II terpaksa "meminta" sokongan daripada rakan-rakan asingnya. Minggu lepas 50 ahli parlimen Australia yang diketuai Micheal Dandby pejuang gay/lesbian dan yahudi Australia mendesak agar kerajaan Malaysia menguggurkan tuduhan Sodomy II ke atas Anwar.

Ekoran daripada desakan 50 ahli parlimen Australia ini, para pemimpin negara mengutuk desakkan tersebut kerana mencuba campur tangan dalam urusan dan perundangan negara ini. Dua hari lalu para blogger dan Perkasa pribumi berkumpul di depan kedutaan Australia di Kuala Lumpur membatah campur tangan ahli parlimen Australia itu.

Sementara itu, Presiden Pas Datuk Haji Hadi Awang memberi batahan kepada tindakan 50 ahli parlimen Austarlia itu. Bantahan Hadi ini bertolak belakang dengan para pemimpin Pakatan lain seperti Lim Kit Siang dan Mahfuz Omar yang menyokong kepada tindakan para ahli parlimen Australia itu.

Sodomy II adalah tuduhan kepada Anwar, 63,kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Ketua pembangkang dan ahli parlimen Permatang Pauh itu, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

No comments:

Post a Comment