Sunday, February 14, 2010

Perutusan Tahun Baru Cina Anwar Menggambarkan Perjuangannya

Bagi Anwar Ibrahim Tahun Baru Cina kali ini yang merupakan tahun harimau adalah melambangkan keberanian, kejujuran, tangkas, sedia bersaing dan siaga mempertahankan maruah.

Kebiasaannya masyarakat cina akan mengambil pedoman dari kitaran tahun-tahun tersebut untuk mencipta dan merencana masa depan yang lebih cemerlang.

Namun bagi semua rakyat Malaysia ciri-ciri baik seperti berani, jujur, bersedia untuk bersaing dan berani mempertahankan maruah ternyata bukanlah asing bagi kita yang mempunyai asas kepercayaan dan tradisi masing-masing.

Kita semua mahukan yang terbaik buat diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Kita berhasrat Malaysia yang dicintai ini senantiasa makmur, bebas dari rasuah dan jenayah.

Yakinilah, kita pasti dapat mengharungi segala rintangan demi mengembalikan Malaysia kepada maksud asal penubuhannya. Harapan kita agar negara ini adil serta saksama menjamin hak semua rakyatnya tanpa mengira kepercayaan dan ras.

Bagi AYT Perutusan Anwar ini mengambarkan bahawa pejuangannya adalah menghapuskan hak kaum melayu dan bumiputra sebagai tonggak negara ini. Anwar lupa melalui pelembangaan bahawa telah tertulis bahawa hak melayu dan bumiputra telah termaktub dan perlu di lindungi.

Melalui perutusan Anwar ini, telah tertulis bahawa Anwar akan menghapus semua keistimiwan itu dengan berasaskan merit, tanpa memberi penekanan kepada pembelaan kaum melayu dan bumiputra. Perutusan ini sangat selari dengan konsep DAP melalui Malaysian Malaysia dan sekrang ditukar kepada middle Malaysia.

Oleh kerana itu bagi rakyat Malaysia, penaungan kepada konsep 1Malaysia yang dicanangkan oleh Perdana Menteri Najib menceriminkan sebenar bagaimana negara yang didiami pelbagai sukubangsa hidup aman damai berasaskan kepada sepekatan semasa membentuk negara pada tahun 1963. Toleransi atau tolak ansur antara kaum yang telah disepakti itu tidak boleh diganggu gugat, malah perlu dipertahankan demi keuntuhan negara ini. Sila baca DISINI perutusan Anwar Itu.

No comments:

Post a Comment