Saturday, February 13, 2010

Masih Ingat Kah Dakwaan Anwar: WE HAVE THE NUMBERS!!!


Pada 24 Mei 2008, Anwar mendakwa bahawa Pakatan mendakwa bahawa pada 16 September 2008, sempena menyambut Hari Malaysia akan terdapat 31 wakil rakyat BN akan menyeretai Pakatan untuk menumbangkan kerajaan BN.

Kata-kata Anwar "We have the Numbers" sedikit sebanyak mengusarkan kepimpinan Abdullah Badawi ketika itu. Namun tarikh 16/9 dianggap 911 bagi politik kerajaan BN,hanya menjadi sejarah pembohongan Anwar.

Malah pembohongan Anwar ini menjadi pukulan knock out kepada politik Anwar, apabila dia ditangkap pada bulan Julai 2008, ekoran laporan polis yang dilakukan oleh Saiful Azlan Bukhari pada 28 Jun 2008 kerana Saiful mendakwa Anwar meliwatnya beberapa kali.

Sebelum penangkapan Anwar, Anwar juga sempat bersandiwara sehingga Duta Besar Turki pun terikut bersubahat, apabila Anwar lari bersembunyi di Kedutaan tersebut,kerana Anwar mendakwa bahawa kerajaan Malaysia mempunyai rancangan membunuhnya.

Dakwaan Anwar itu sememangnya satu wayang, kerana memangpun tiada rancangan seumpana itu terhadap Anwar.

Ekoran penangkapan Anwar kerana Sodomy, maka Anwar berjaya menangguhkan sehingga 20 kali agar supaya sebutan kes sodomy Saiful tidak diteruskan.

Walau bagaimanapun, sodomy II akhirnya berjalan juga pada 3 Februari lalu. Namun kelancaran sodomy II ini terganggu apabila Anwar memohon agar hakim yang mendengarnya dilucutkan pula. Hakim YA Mohammad Zabidin menetapkan 18 Fenruari untuk memberi keputusan samaada kan terus mendengar sodomy II atau sebaliknya.

Dalam perkembangan lain, Anwar berjaya membuat permohonan untuk menggugurkan Sodomy II di mahkamah rayuan dan akan diputuskan oleh 3 panel hakim pada 17 Februari sehari sebelum YA Zabidin membuat keputusan.

Sepatutnya mahkamah rayuan tidak melayan permohonan Anwar ini atas sebab afidavit yang digunakan Anwar hanya bersandarkan kepada laporan doktor, dimana laporan doktor tersebut sebenarnya hanya rekaan Raja Petra Kamaruddin. Lagipun laporan doktor hanya termasuk dalam bentuk kolaborasi, bukannya laporan yang sahih, kecuali di sahkan oleh doktor yang kononnya membuat nota perubatan itu secara bersumpah di mahkamah.

Masih ingat kah lagi dakwaan Anwar " we have the numbers" yang merupakan pembohongan! Kali ini pun Anwar mempergunakan fakta pembohongan untuk mengenepikan sodomy II.

Mahkamah rayuan tidak harus melayan permohonan ini atas sebab jika ianya dilayan akan menghapuskan permohonan keadilan bagi seorang rakyat yakni Saiful Azlan Bukhari.

Kreadibilti Anwar memang diragui,faktanya memang terlalu banyak untuk disenaraikan. Kerana itu,mahkamah jangan terjerat dengan permainan dan wayang Anwar.

Keadaan semasa juga menunjukan bahawa Anwar telah kehilangan kreadibilti apabila orang-orangnya sendiri meninggalkannya, yang terakhir adalah Mohammad Zaharin Hassim Ahli Parlimen Bayan Baru Pulau Pinang yang mengistiharkan dirinya keluar daripada PKR semalam dan menjadi wakil rakyat bebas di Parlimen Malaysia.

No comments:

Post a Comment