Kenapa Anwar itu jadi "Tuhan" kepada Pakatan? Sebabnya adalah hanya Anwar saja lah yang pernah memberi mereka kuasa. Hanya melalui Anwar saja lah Lim Guan Eng jadi Ketua Menteri.
Anwar sedikit masa dulu juga Tuhan kepada pemimpin Umno terutama para ketua bahagian. Tahun 1995, apabila Anwar mencalonkan diri untuk jawatan timbalan presiden Umno, hampir seluruh bahagian Umno mencalonkannya kecuali 6 (1 berkecuali yakni bahagian Kubang Pasu di mana Dr Mahathir adalah ketua Bahagiannya dan bahagian yang tidak mencalonkan Anwar termasuk Kota Marudu-Sabah, di mana Tun Mustapha menjadi ketua Bahagiannya). 4 lagi sudah tentu Jasin, Melaka, Gua Musang, Pasir Mas (Ibrahim Ali) dan Titiwangsa, di bawah Drs Sulaiman Mohammad.
Setelah Anwar dipecat pada tahun 1998, para penyokong Anwar membentuk reformasi dan menubuhkan parti KeADilan di bawah pimpinan Dr Chandra Muzaffar dan kemudian diambil alih oleh Wan Azizah.
Pada PRU 1999 KeADilan mampu mendapat 3 kerusi, tahun 2004; 1 kerusi, namun tahun 2008; 31 kerusi. Pada tahun 2008 ini lah KeAdilan-DAP-PAS bergabung satu lawan satu dengan BN. Keputusannya gabungan ini mendapat 80 kerusi parlimen, sekaligus menafikan kuasa 2/3 BN dimana pada setiap pilihanraya umum adalah pasti BN mendapat kerusi 2/3 dewan rakyat.
Sejak 1998, Anwar adalah ikon kepada pembangkang. Tujuannya adalah agar parti pembangkang dapat menumpang kepada populariti Anwar untuk mengecap kuasa dalam politik. Atas sebab itu, apabila Anwar menghadapi tuduhan salah laku sex luar tabii, pakatan pembangkang berusaha memutarbelitkan semua fakta yang berhubung kait dengan pertuduhan itu kepada satu slogan"konspirasi" untuk menafikan Anwar menjadi perdana menteri.
Bagi pembangkang, untuk sementara waktu, hanya melalui Anwar saja lah impian mereka untuk merebut kuasa daripada BN, tanpa Anwar impian mereka itu akan berkecai seperti debu-debu berterbangan. Berasaskan kepada faktor ini lah Anwar itu dinggap bagaikan Tuhan kepada pakatan pembangkang.
Kita saksikan sekarang, apabila Tuhan mereka menghadapi tuduhan liwat, semua cara mereka pergunakan, termasuklah Nik Aziz. Menteri Besar Kelantan itu terpaksa memberi fatwa bahawa kes liwat dan zina itu tidak boleh dibicarakan di mahkamah kerana ianya mengaibkan sepelaku.
Bagi Pakatan selagi Anwar dilanda masalah, selagi itu lah kegusaran luar biasa akan terus mengocang iman mereka. Mereka akan perbuat apa saja, termasuk menghalalkan apa yang haram.
Pembongkaran Zulkefli Nordin baru-baru ini bahawa apabila Pakatan memerintah negara ini, kemungkinan besar sistem raja berperlembagaan akan dihapuskan dan digantikan dengan sistem presiden seperti di Indonesia dan Amerika.
Hujah mereka, jika dahulu Indonesia juga dikuasai oleh raja dan sekarang menjadi republik, kenapa pula Malaysia. Hujah mereka lagi, demi kemasarataan, maka mengurus negara hendaklah di kembalikan kepada rakyat bukan kepada sistem monarki.
Pendedahan Zulkefli itu selain mengambil contoh visi baru DAP yakni middle malaysia, juga pendirian para pemimpin Pakatan mengenai agama rasmi negara, yakni islam. Bahkan Anwar sendiri menulis dalam satu runangan forum antarabangsa, nyata dan jelas Anwar mengatakan bahawa kalimah ALLAH itu bukan monopoli penganut agama islam.

No comments:
Post a Comment