Saturday, February 20, 2010

Kalimullah-Anwar- RPK: Apa Muslihat Mereka?

Kami sangat terkejut apabila banyak blog yang menyiarkan pembolosan RPK daripada kawalan keselamatan negara. Bagaimanapun kami tidak kekok jika mengatakan Anwar Ibrahim adalah dalang disebalik pembolosan ini.

Untuk mengesahkan perkara ini adalah mustahil jika diminta bukti-bukti seperti tiket flight atau flight transaction di KLIA kerana perancangan rapi sudah dibuat. RPK adalah belaan Anwar atas sebab itu lingkungan inner cycle PKR kurang mengetahui perkara ini kerana Anwar tidak mempercayai kalangan pemimpin PKR selain Azmin.

Bagaimana kami mahu dapatkan bukti-bukti itu.? Jawapannya ada. Anwar menggunakan Datuk Kalimullah sebagai transporter RPK ke UK. Kami berpendapat Anwar menggunakan kepakaran Datuk Kalimullah sebagai 'agen pelancongan' yang berpengalaman dan pernah dituduh sebagai pengkhianat kerana tindakan subversifnya semasa pentadbiran Tun Abdullah.

Perkara ini mungkin agak mengejutkan dan menguatkan lagi dakwaan penglibatan Anwar dan Datuk Kalimullah dalam pembolosan RPK. Untuk makluman kediaman RPK yang terletak di Gloucester Terrance, Bayswater adalah kepunyaan isteri Kalimullah. Walaupun penafian telah dibuat, namun penafian tersebut hanya wayang..

Jadi tidak aneh kenapa rangkaian Anwar di UK menjaga RPK dengan berkesan selama hampir setengah tahun. Ini kerana perancangan Anwar dan RPK selepas April 2009 adalah menggunakan Malaysia Today untuk menghentam kerajaan dan dibiayai terus oleh Anwar dari dana luar negara.

Anwar Ibrahim terlalu memandang tinggi negara luar. Semua yang datang dari luar dijadikan sandaran kepadanya untuk meyakinkan penyokong dan memukau rakyat. Anwar mahu dipandang tinggi dan diangkat sebagai dewa. Ya..Anwar mahu diangkat sebagai dewa yang akan menyelamatkan Malaysia.

Sejarah Anwar dari zaman pelajar hingga bekas pelajar Sungai Buloh penuh dengan pengaruhi luar. Anwar pernah mengaku bahawa buku-buku inggeris dan tokoh revolusionar banyak mempengaruh keperibadian diri hari ini. Mengapa Anwar meninggalkan segala pengaruh dunia Islam yang selalu menjadi mainan dibibir. Ini yang tidak dapat kami rungkaikan kerana dunia 2 alam Anwar penuh dengan misteri.

Permerhatian kami terhadap Anwar penuh dengan Autarisme. Anwar sudah menjadi manusia yan hilang jati diri cintakan negara. Dalam isu kalimah Allah menyerlahkan lagi topeng hipokrasi Anwar yang sebenar. Janji Anwar semasa pertemuan dengan ketua-ketua paderi seluruh negara ketika kempen PRU ke-12 dan sokongan tanpa berbelah bagi pihak gereja telah menjerat Anwar.

Kami petik kenyataan Anwar dari blognya: "We are outraged by the tragic attacks on our Christian brothers and sisters and reiterate our unequivocal condemnation of the bombing of churches in Malaysia" (Kita amat marah dengan serangan tragis yang dilakukan terhadap saudara Kristian kita dan mengulangi bahawa kita mengutuk dengan keras tindakan mengebom gereja di Malaysia)

Apa yang bombing.? Adakah kerana penyerang menggunakan molotov cocktail (botol yang dipenuhi petrol) sudah boleh Anwar anggap pengeboman yang digambarkan maha dasyat. Atau mungkin istilah inflaming tidak menjadi highlight media luar untuk memburuk-burukkan Malaysia.

Begitulah sikap Anwar. Ucapannya selalu dipenuhi dengan imaginasi dan klise atau stereotaip. Apa yang dikesal, Anwar agak emosional ketika menekankan 'bombing' dalam ucapannya. Adakah gereja dibom.? Apakah sudah menjadi budaya kita untuk mengebom sepertimana yang berlaku di selatan thai dan indonesia?

Rakyat Malaysia belum sampai ke tahap seperti itu kecuali Anwar adalah pelopornya. Itu tidak mustahil kerana tiada yang mustahil dalam kamus hidup Anwar. Malaysia pasti tidak akan lupa kegilaan yang dicipta Anwar. Kisah menuju ke Putrajaya melalui jalan belakang (16 Sep) antara desperado Anwar yang gila. Impian Anwar tidak lebih hanya mahu mengalihkan perhatian daripada kes liwat yang terbongkar tanggal Jun 2008.

Anwar selalu menggambarkan kepada luar, negara ini berada dalam keadaan yang tidak stabil. Anwar mahu menonjolkan dirinya adalah kunci kepada kestabilan Malaysia. Anwar sedar keyakinan pihak luar terhadapnya sudah longgar. Sudah tidak ummpphh..janji-janjinya yang melangit sudah tidak boleh dikota lagi.

Kami percaya, isu kalimah Allah sebenarnya sudah sampai ke fasa pentas politik yang akan digunakan Anwar sebaik mungkin. Buang sifat Melayu dan kalimah kesamarataan agenda Anwar untuk menawan Malaysia Timur dan antara strategis 'penyelia' luar untuk Anwar mencapai impian sebagai PM.

No comments:

Post a Comment