Thursday, February 04, 2010

Disebalik Perancangan Anwar Desak Safina Najib dan Rosmah

Sumber yang terdekat dengan pimpinan PKR memberitahu bahawa Anwar sedang menyusun strategi untuk terus lewatkan bicara kes liwat dan juga untuk mempolitikkan kes untuk melibatkan Perdana Menteri dan isteri serta juga membangkitkan tuduhan liar berkenaan kes lain yang tidak ada kena mengena dengan kes liwat ini.

Ura-ura juga mengatakan bahawa Anwar akan sekali lagi cuba kaitkan Tun Dr Mahathir sebagai mendalangi konspirasi untuk menjatuahkannya. Hanya Abdullah Badawi dan menantunya Khairy Jamaluddin tidak akan diheret nama oleh Anwar sebagai terlibat dalam konspirasi.

Malam semalam pukul 8:30 ke 9:45 di satu mesyuarat di rumah Anwar Ibrahim di Bukit Segambut Kuala Lumpur antara lainnya telah diputuskan bahawa Karpal Singh akan mohon sapina ke atas Najib/Rosmah sebagai saksi.

Ini tidak beza daripada taktik kotor Anwar untuk sapina Tun Dr Mahathir sebagai saksi dalam kes liwatnya (Sodomy 1 - 1999) padahal Dr Mahathir tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kes Anwar liwat Azizan Abu Bakar.

Sebaliknya Tun Dr Mahathir telah rela dan juga telah disenaraikan sebagai saksi oleh Pendakwaraya dalam kes Anwar salahguna kuasa untuk menahan dan menyeksa Ummi Hafilda Ali. Tetapi Anwar telah memberi arahan kepada peguamnya supaya jangan memanggil Tun Dr Mahathir untuk memberi sebarang keterangan saksi dalam kes itu. Anwar takut betul Dr Mahathir akan mengatakan perkara yang diluar sangkaannya.

Sebaliknya Anwar telah mengarah peguamnya untuk sapina Tun Dr Mahathir dalam kes liwat Azizan pula sebab Anwar lebih faham mahkamah tidak akan setuju memanggil Tun Dr Mahathir (samada beliau PM atau tidak) sebab Tun Dr Mahathir memang tiada mempunyai kaitan dengan kes Anwar liwat Azizan.

Itulah taktik sama yang Anwar akan gunakan dalam kes liwat Saiful (Sodomy 2) ia itu sapina Perdana Menteri Najib dan isterinya dengan dua tujuan :

i. Kes akan dilewatkan lagi

ii. Anwar boleh timbulkan fitnah bahawa wujud konspirasi untuk menjatuhkannya.

Sebabnya ialah apabila peguam Karpal Singh cuba sapina Perdana Menteri Dato Seri Najib, sudah tentu Pendakwaraya akan membantah dan kemungkinan besar mahkamah juga akan membatalkan permohonan sapina Anwar.

Jika mahkamah membatalkan permohonan sapina, Anwar akan mengadu kepada Amerika, Britain, CNN, CIA dan sebagainya bahawa mahkamah Malaysia mengikut telunjuk UMNO. Anwar akan bising bahawa memang wujud konspirasi untuk jatuhkannya.

Sasaran kedua Anwar ialah jika mahkamah batalkan permohonannya untuk sapina Perdana Menteri, dia akan merayu kepada Mahkamah Rayuan untuk membenarkannya sapina Perdana Menteri. Ini akan memakan masa dan melewatkan bicara kes lagi.

Jika Mahkamah Rayuan juga menolak permintaan Anwar, dia akan merayu kepada Mahkamah Persekutuan pula. Semua ini akan memakan masa dan melewatkan kes.

Taktik Anwar makin mudah dibaca oleh sesiapa pun: Lewatkan kes dan desak perkara yang bukan-bukan untuk menuduh hakim dan Kerajaan sebagai berkonspirasi untuk menjatuahkan. Posting asal Disini

No comments:

Post a Comment