Tuesday, February 23, 2010

Dapat Kuasa Cara Pembangkang

Saya pernah mengupas mengenai kecenderungan penyokong pembangkang melalui “Budaya ingin ditangkap”, untuk itu, dakwan LIM Kit Siang bahawa dalam tempoh 2 minggu bulan April lepas, bahawa terdapat 140 orang penyokong pembangkang ditangkap polis membuktikan bahawa analisis itu mempunyai kebenaran.

Tugas polis, dimana-mana adalah sama. Polis bertugas berasaskan kepada skop tugas sepertimana termaktub dalam senarai tugas mereka. Polis diperlukan untuk menjaga ketenteraman awam berpaksi kepada lunas-lunas undang-undang.

Aktiviti penyokong pembangkang, setelah Anwar keluar daripada penjara Sungai Buloh kebanyakannya mempunyai kecenderungan mencabar tugas-tugas polis. Berbagai aktiviti mereka lakukan apakah secara halus dan terancang umpama- mogok lapar, pemasangan lilin dan ada yang merebak kepada pertunjukan kekuatan umpamanya demonstrasi.

Pemimpin dan seterusnya pihak pembangkang tahu benar, bahawa indeks jenayah di negara ini mempunyai kecenderungan ke arah peningkatan. Dalam fikiran mereka pemanfaatan situasi dan kondisi ini adalah jalan terbaik untuk ikut serta dengan cara-cara mereka sendiri agar supaya keamanan dan ketenteraman ternampak kacau dan tidak aman; agar supaya kelihatan bahawa kerajaan tidak berdaya mengawal keamanan.

Taktik mengambil alih kerajaan adalah berbagai: Apakah melalui proses demokarsi yakni melalui pemilihan, boleh juga melalui pelumpuhan ekonomi, dan boleh juga melalui kekacauan atau kombinasi ketiga-tiganya.

Pihak pembangkang dalam usaha mengambil alih kerajaan negara ini telah melakukan taktik dan perancangan melalui ke-tiga-tiga cara yang disebut di atas. Kita sama-sama mengetahui; sejak berakhirnya PRU-12, telah beberapa pilihanraya kecil (PRK) diadakan untuk menjamin agar memontem sokongan rakyat terhadap parti mereka berterusan.

Di luar negara mapun dalam negara pimpinan mereka menjahirkan bahawa pembangunan ekonomi tidak kondiusif disebabkan kestabilan politik negara tidak menentu, kerana bila-bila masa sahaja tampuk pemerintahan akan berubah.

Dalam menguatkan taktik dan perancangan bagi pihak pembangkang mengambil alih tampuk kerajaan, pihak mereka secara terus menerus mengwujudkan dan mencipta suasana yang kacau, atau aktiviti yang mengundang pihak kerajaan melalui pasukan polis mengambil tindakan agar supaya memontem taktik dan perancangan mereka terus hidup (alive).

Taktik dan perancangan pihak pembangkang yang dilakukan kini adalah doktrin yang memang sinonim dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI). DSAI memang arif dalam mempergunakan taktik seumpama ini. Selain itu,keupayaan dan kemampuan DSAI dalam mengwujudkan suasana reiotik, yang menyebabkan rakyat tanpa persoalan menerima dan menyokongnya merupakan kelebihan pemimpin ini. Dr Mahathir Mohammad, pernah berkata: kelebihan DSAI, melalui ucapan maupun tulisannya merupakan “edge” beliau dalam usaha melumpuhkan lawan-lawan politiknya.

Kelahiran DAP, anak angkat People Action Party (PAP) Singapura, kewujudan PAS, lebih 40 tahun lalu semata-mata untuk memerintah negara tidak pernah kesampaian. Telah berapa PRU dijalankan,pun demikian DAP dan PAS belum pernah mendapat kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerjaan pusat. Perkara ini, disebabkan rakyat berbilang kaum negara ini, belum boleh menerima LIM Kit Siang ultra kaum cina ataupun pemimpin PAS yang ulrta Islam sebagai pemimpin negara.

Kehadiran DSAI, sebagai pemimpin jalan tengah bagi DAP dan PAS, merupakan temuan perjuangan DAP dan PAS selama ini. Apabila DSAI dipecat dalam kerajaan dan UMNO serta barisan nasional, maka kegembiraan DAP dan PAS pada waktu itu sangat luarbiasa. Ramai kalangan pemimpin PAS pada masa itu telah menawarkan tempat kepada DSAI sebagai pemimpin mereka.

Kaum cina dan india di negara ini tahu benar, bahawa mereka tidak akan pernah memerintah secara sendirian, tanpa sokongan kaum melayu dan bumiputera. Mereka juga tahu,kepimpinan cina dan india belum boleh diterima oleh rakyat di mana majoritinya adalah kaum pribumi. Atas dasar itu, kaum ini berjuang bersama kaum pribumi untuk membentuk perikatan agar supaya senantiasa bersama-sama membentuk kerajaan dan memerintah.

Perikatan antara tiga kaum ini terus membentuk dan memerintah negara hingga kini. Lubang-lubang kesempatan ini, pada masa kini, dimanafaatkan oleh mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan, yakni parti pembangkang. Mereka mengambil kesempatan, bahawa melalui ikatan 3 kaum terbesar di negara ini sahaja, maka cita-cita untuk memerintah adalah cerah dan terbuka luas. DAP dan PAS, tahu ini semua dari awal-awal lagi, hanya mereka menunggu masa dan ketika, kapan perancangan ini akan tiba.

Berslogan dan bermoto- barisan alternatif, yang serupa dengan kerajaan memerintah, maka pemanfaatan kehadiran DSAI dengan cita-citanya menjadi perdana menteri dan mendiami Putrajaya, dimana beliau terlibat dalam pembangunannya, terus dinyalakan, terus dibakar, kerana DAP dan PAS tahu, tanpa DSAI, cita-cita mereka untuk menguasai kerajaan persekutuan akan terkubur selama-lamanya.

DAP dan PAS berserta pemimpin dan penyokongnya tahu, bahawa DSAI merupakan segala-galanya. Mereka berdoa mengikut kepercayaan masing-masing agar DSAI dipanjangkan usia, sehinggalah cita-cita mereka tercapai. Lim Kit Siang, Datuk Seri Hadi Awang, serta Tok Guru Nik Aziz akan merasa kerugian, serta kepimpinan mereka tidak bererti tanpa DSAI.

Kemampuan DSAI memimpin sangat terserlah, contohnya apabila DSAI mencetus idea dan taktik memancing wakil rakyat BN agar melompat parti agar supaya DSAI melalui pakatan membentuk kerajaan pada 16 September, 2008 disambut dengan baik dan dihargai oleh semua pemimpin pakatan dan penyokongnya. Taktik dan perancangan DSAI melalui usaha mengambil kerajaan secara pintu belakang dianggap usaha bermoral dan jitu dalam usaha menyelamat negara serta rakyatnya menurut versi mereka. Namun demikian, apabila cara-cara DSAI ini, berlaku di Negeri Perak, maka tindakan versi DSAI ini dikatakan tidak bermoral dan tidak bertamadun.

Adalah jelas, bahawa taktik dan perancangan DSAI hanya boleh digunapakai oleh pihak Pakatan, bukan oleh sesiapa. DSAI yang dinggap merupakan pemimpin Pakatan benar-benar memanafaatkan pengertian pemimpin “Leadership: power and will to control events, the understanding to chart a course, and the power to get job done, cooperatively using the skills and abilities of other people”.

No comments:

Post a Comment