Thursday, February 25, 2010

Azmin Mendakwa Diugut Polis Supaya Mengaku Diliwat Anwar? Kalau Mangsa Tak Diugut Bagaimana?

Hebat sungguh  Azmin ini, diugutpun tidak mengaku, malah didera dengan maha hebatnya pun tidak mengaku. Sungguh hebat. Hebat bukan kerana dakwaannya, tetapi hebat mulutnya yang bercakap.

Kalau tidak diugut bagimana Encik Azmin? SaifulBukhari Azlan itu, bukan diugut, tetapi SUKARELA. AYT ingin bertanya pada saudara Azmin apa pula kes yang ini?

Apa pun dakwaan pembangkang; rakyat tetap menunggu keputusan mahkamah mengenai kes sodomy II Anwar ini. Rakyat pelik, kenapa Anwar begitu gerun dengan kes sodomy II.

Dalam menghadapi sodomy II bukan sahaja rakyat asing bukan islam yang menjadi sasaran Anwar meminta tolong, malah mempergunakan nama ulamak islam pun disebar luaskan, kononnya ulamak itu mahukan kes sodomy II digugurkan.

AYT ingin bertanya, bagaimana ulamak itu tahu yang Anwar tidak buat benda tu? Ulamak yang dimaksudkan adalah Yusof Qadrawi dari Mesir. Yang pelik lagi, kenapa hanya Anwar sahaja yang tahu, bahawa ulamak Mesir itu mahukan kes Sodomy II digugurkan. Tak kan cerita yang begitu penting tidak disiarkan oleh mana-mana media, baik di Mesir mahupun media asing yang menyokong Anwar.

Portal yang menyiarkan berita bahawa Yusof Qadrawi mahukan Sodomy II digugurkan hanya daripada Anwar dan lidah rasmi Pas, Harakah. Pelik kan.

Nah, kali ini Azmin pula, kata dia pernah diugut polis untuk mengaku diliwaat Anwar? Pelik juga bunyinya.Kalau lah perkara ini pernah berlaku, dah lama dah Azmin buat laporan dan dedahkan ini semua. Kenapa pula secara tiba-tiba cerita karut marut ini hanya keluar dalam roadshow PKR untuk menafikan sodomy II?

Biasalah yang mendengar itu pun penyokong Pas, tiada cerita pun, para penyokong ini tetap berkumpul, kerana yang datang itu para pemimpin mereka. Kalau pun pada malam itu, hanya buat-buat lawak,para penyokong Pas juga tetap datang.

Cara Azmin membela Anwar inilah yang membezakannya dengan Ezam Mohd Nor dulu. Ezam walaupun satu ketika adalah penyokong Anwar yang ulung, namun mereka-reka cerita begini, Ezam tak sanggup buat. Ini lah kelebihan Azmin dibanding Ezam terhadap Anwar. Kerana itu, Azmin merupakan kepercayaan Anwar, demikian juga Anwar kepercayaan Azmin. Mereka berdua saling lengkap melengkap, win-win lah katakan.

No comments:

Post a Comment