Namun bagi rakyat tindakan pemimpin dan wakil rakyat pakatan pembangkang yang bertelagah sesama sendiri yang berlaku sejak akhir-akhir ini sebenarnya adalah bukti mereka dalam kecelaruan dan telah hilang arah tuju dalam cobaan mereka memimpin rakyat dan negara.
Akibat kecelaruan dan hilangnya hala tuju itu maka, mereka sering menggunakan perihal peribadi dalam memberi pendapat malah sanggup menyerang rakan sendiri jika tidak berpuas hati dengan sesuatu isu.
Misalnya pada tahun 2009 apabila isu tempat penyembelihan babi muncul di Kedah, wakil rakyat DAP Kedah Lee Guan Aik pernah mengisytiharkan tidak menyokong kepimpinan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan keluar daripada Pakatan ekoran tidak berpuas hati dengan dasar-dasar baru kerajaan negeri itu.
Begitu juga apabila anggota Parlimen Kulim-Bandar Baru Zulkifli Noordin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerang anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad dari PAS, Anggota Exco Selangor Datuk Dr Hassan Ali dari PAS pernah bertelingkah dengan Menteri Besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR dan terkini ialah anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim pula menyerang Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dari DAP.
Berasaskan kepada kejadian-kejadian telah jelas bahawa pemimpin dalam pakatan pembangkang mengalami kecelaruan kerana mereka tidak mempunyai satu dasar yang stabil untuk dijadikan panduan dan disebabkan itu hubungan sesama mereka adalah begitu rapuh, dan rentan.
Dua hari lepas, Zahrain yang juga bekas pengerusi PKR Pulau Pinang dipetik sebagai berkata Lim adalah seorang 'diktator, cauvinis dan berfikiran komunis'.
Beliau juga menggesa agar pakatan pembangkang menghentikan sebarang tolak ansur dengan pemimpin itu setelah dia gagal menunaikan janji-janji pilihan raya umum lalu.
Lim tidak mahu mengulas mengenai kritikan serius terhadap dirinya itu dan mahukan pemimpin PKR sendiri yang membuat kenyataan balas menerusi timbalannya Dr Mansor Osman yang kesal dengan kenyataan Zahrain.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Dr Mujahid Yusof Rawa pula tidak menafikan sememangnya berlaku perselisihan dan perbezaan pendapat dalam pakatan pembangkang.
Katanya, adalah satu perkara biasa jika mereka mempunyai perbezaan pendapat tetapi tidak bersetuju dengan tindakan Zahrain yang membuat pendedahan terbuka menerusi media.
Berasaskan kepada cara para pemimpin Pakatan ini mengulas atau memberi komen dengan percanggahan pendapat antara mereka sangat terang dan nyata mereka hanya bermain wayang dan bersandiwara, agar isu utama yang melanda pemimpin utama mereka Anwar Ibrahim "menghilang" daripada pehatian umum.
Kes meliwat Saiful akan didengar esok. Apa kah isu-isu percakaran antara para pemimpin Pakatan ini akan mengubah pandangan rakyat kepada isu kes Liwat Anwar? Sama-sama kita mengikuti laporan para bloger maupun para rakan wartawan di negara ini.
No comments:
Post a Comment