Friday, February 12, 2010

Anwar Main Wayang Lagi; Kali ini memprovok Hakim

Kenapa Karpal Singh memlempar perkataan "BOHONG" kepada YA Mohammad Zabidin Mohd Diah?Tujuannya agar Hakim itu membuat perintah, bahawa Karpal Singh menghina mahkamah. Jika ini berlaku, maka senanglah Anwar memberi tahu sahabat asingnya bahawa mahkamah Malaysia,adalah mahkamah kangoro.

Bagi menghadapi Sodomy II sebenarnya pihak Anwar kehilangan arah dan kiblat, kerana apa yang diperkatakan oleh Saiful itu terlalu sukar untuk ditangkis atau diketepikan, kerana apa yang dikatakan oleh Saiful itu benar belaka.

Atas sebab itu lah pegumabela Anwar yang diketuai oleh Karpal Singh, dimana orang ini juga lah yang pernah mengatakan bahawa Anwar adalah seorang manusia yang mengamal sex yang teruk dan perlu bertaubat; tidak bersedia menyoal balas Saiful, kerana Fakta Saiful  terlalu susah untuk disoal balas.

Oleh kerana tiadanya kemampuan pihak peguambela Anwar terutama Karpal Singh, yang sebelum ini belum ada rekod kes yang dimenanginya yang membicarakan kes seumpama ini, menjadi kelam kabut dan terkial-kial mencari fakta dan cara menyoal Saiful.

Demi melengah-lengahkan kes ini, maka Anwar dan Karpal terpaksa mencari isu agar penangguhan demi penangguhan boleh berlaku, agar supaya mereka mendapat angin, manalah tau idea dan cara akan diperturunkan kepada mereka.

Alibi untuk menangguhkan kes Sodomy II tiada lagi di pihak Anwar, kerana itu lah mereka mengambil pendekatan untuk menghentam Hakim Mahkamah. Topi dan cap jempol perlu diberikan kepada YA Mohammad Zaibidin, kerana demi menghadapi sandiwara Anwar ini, YA ini senantiasa "COOL".

No comments:

Post a Comment