Thursday, February 18, 2010

Anwar Gagal Lucutkan Hakim YA Mohammad Zabidin Mohd Diah

Hakim Mohammad Zabidin Mohd Diah dalam keputusannya berkenaan permohonan Anwar untuk melucutkannya mengatakan TIADA sebab beliau melucutkan dirinya mendengar sodomy II. YA Zabidin menambah, jika sekiranya beliau melucutkan dirinya mendengar Sodomy II ini bererti beliau lari daripada tanggungjawabnya sebagai hakim.

Semasa mendengar keputusan hakim tersebut, ketua peguam Anwar, Karpal Singh memohon untuk rayuan terhadap keputusan tersebut. Disebabkan permohonan rayuan atas keputusan tersebut, hakim YA Zabidin menangguhkan sodomy II kepada 25 Mac 2010 depan.

Dengan penangguhan ini, maka sodomy II berjaya ditangguhkan sebanyak 25 kali dimana sebelum perbicaraan bermula pada 3 Februari 2010, sodomy II berjaya Anwar tangguhkan sebanyak 20 kali.

Perkembangan lanjut sodomy II disini

No comments:

Post a Comment