Monday, December 07, 2009

Pemanasan Muka Bumi Salah Siapa??

Akibat pemanasan muka bumi dan dua fenomena alam: makan akan terjadi musim kering yang melampau dan memanjang dan musim hujan yang diluar kebiasaan.

Musim kering yang memanjang ini selain mengeringkan simpanan air dalam empangan-empangan untuk kegunaan pertanian juga mengeringkan air simpanan untuk tujuan keperluan penduduk.

Akibat kekurangan air ini akan mengakibatkan keperluan untuk pertanian akan berkurang. Pada giliriannya keperluan air optima tanaman untuk menghasilkan hasil yang maksima akan terbantut. Tanaman dalam mengeluarkan hasil perlu masa tertentu atau musim, sedangkan keperluan akan keluaran pertanian oleh manusia tidak pernah berhenti.

Disebabkan faktor air apakah lebih atau kurang akan menurunkan keluaran pertanian, sedangkan dipihak lain, permintaan akan hasil pertanian terus bertambah seiring dengan pertambahan penduduk, maka akan terjadi ketimpangan antara ketersediaan makanan dan pemakan.

Dengan terjadinya ketimpangan antara ketersediaan makanan dan pemakan, maka pada gilirannya nanti akan terjadi krisis makanan. Apabila krisis makanan terajadi, maka bukan sahaja mengancam kestabilan politik negara bahkan juga perekonomian negara. Selain itu; krisis makanan juga, bukan sahaja mengancam negara, tetapi juga penduduk. Ramai penduduk akan mengalami kekurangan gizi (malnutrition) dan busung lapar.

Negara kita, mempunyai dua musim yang ketara, yakni musim kering dan musim hujan. Pada musim hujan, negara ini menerima air percuma yang luarbiasa banyaknya. Air percuma ini, dibiarkan hilang percuma dengan mengalirkannya ke laut.

Air percuma ini,jika dikira-kira dengan wang ringgit, dalam semusim mungkin setara nilainya dengan devisa negara yang ada kini (RM 300 billion lebih.). Jika berangan-angan: tampunglah air ini dan boleh digunakan untuk musim kering.

Pada musim kering, air yang tertampung ini boleh dikitar semula untuk tujuan penyejukan di kala kering. Apabila angan-angan ini dilaksanakan, keperluan batang-batang paip, hos-hos paip, akan bertambah, pada gilirannya nanti, pengeluar-pengeluar batang paip dan hos akan sibuk mengembangkan keluaran mereka dan seterusnya melipat gandakan jualan bercukai mereka. Akibatnya: melalui pengeluaran paip dan hos ini saja, negara akan menikmati pendapatan cukai yang luarbiasa banyaknya.

Dirasakan melalui proses ini, kos pembangunan dam penampung yang berbilion ringgit banyaknya akan terkembali dalam waktu singkat. Jika negara melaksanakan angan-angan ini, selain dapat menjamin keperluan tanaman, juga keadaan suhu dalam negara akan stabil dan pada gilirannya nanti, kita bebas bergerak kerana selesa.

Sebaliknya jika angan-angan ini, tinggal angan-angan, maka negara akan terlibat dalam kancah pemanasan global. Pada akhir-akhir ini, suhu di negara kita terasa sangat panasnya, sehingga para doktor mengeluarkan kenyataan, bahawa akibat suhu yang tinggi ini boleh membawa maut. Malah dalam laporan Bank Pembangunan Asia (ADB)yang berpusat di Manlia, memperkirakan, bahawa pemanasan global ini merupakan ancaman besar kepada perekonomian negara-negara Asia Tenggara.

Kawasan ini menurut laporan ADB itu lagi, perekonomiannya akan menguncup dua kali lebih cepat dibanding penguncupan seluruh dunia menjelang tahun 2100 kerana pengaruh pemanas
an global.

No comments:

Post a Comment