Friday, October 02, 2009

Nizar-Pas; Sokong Hassan Ali Bidas Khalid Samad

Nizar-Pas tak setuju pendirian Khalid Samd-Pas seperti yang ditulis dalam blog wakil rakyat Shah Alam itu.

Bagi Nizar- Hassan Ali betul dan berjaya sebagai persuruhjaya Pas Selangor.Nizar berkata- Nik Aziz pun selalu berkata kesetian kepada pemimpin adalah tiang kekuatan Pas selama ini, kerana itu Pas sekarang semakin mendapat perhatian dan sokongan rakyat.Berikut adalah paparan Khalid samad melalui bolgnya yang menemplak Hassan Ali.

Wala' atau kesetiaan kepada pemimpin yang sebenar tidak harus mengenepikan kepentingan strategi, dengan mengutamakan dasar-dasar yang boleh dipertikaikan semata-mata, seperti isu Melayu-Islam, kata seorang pemimpin PAS Selangor.

Khalid Samad berkata, strategi yang ditetapkan PAS telahpun mengambil kira dasar-dasar yang didukungnya, maka pemimpin-pemimpinnya perlu akur dengan arahan berkenaan.

Beliau turut menyindir pemimpin parti Islam itu yang didakwanya cuba berselindung di sebalik slogan yang menarik seperti "dasar mesti sentiasa diutamakan berbanding strategi" dan "PAS dijunjung atas kepala, Tahaluf Siyaasi (kerjasama politik) hanya di paras bahu".

Menulis di dalam blognya hari ini, Khalid juga berkata pemimpin-pemimpin PAS perlu berusaha mengukuhkan Pakatan Rakyat dan bukannya "sengaja mencari perbalahan."

"Mereka yang berusaha untuk menggagalkan PR (Pakatan Rakyat) dengan membawa soal Melayu-Islam, merekalah yang tidak wala'... walaupun mereka merupakan pemimpin!" tegasnya dalam tulisan di www.khalidsamad.com itu, tanpa menamakan individu yang dimaksudkan.

Ini merupakan tulisannya yang kedua di laman tersebut, yang dilihat cuba menjelaskan pendiriannya berhubung pergeseran yang timbul di antara beliau dengan pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali berhubung soal wala' (patuh) kepada kepemimpinan parti.

"Dan disinilah perlunya wala' yang sebenar. Iaitu patuh kepada arahan berhubung strategi, persoalan yang boleh dipertikaikan, tidak seperti hukum dan dasar. Namun ianya tidak dipertikaikan kerana keputusan telah pun dibuat dan kita wala'," tulisnya lagi hari ini.

'Ambil kira dasar'

"Untuk makluman, semua strategi ditetapkan mengambil kira dasar yang ingin diperjuangkan. Oleh itu tidak akan bercanggah satrategi dan dasar sekiranya dikaji dan difahami dari sudut menyeluruh.

"Ianya hanya kelihatan bercanggah, seperti Perjanjian Hudaibiyyah, tetapi sekiranya difahami dari sudut yang tepat, tiada penggadaian dasar yang telah dilakukan. Kukuhkan PR dan jangan sengaja mencari perbalahan. Tak perlu timbul soal 'atas bahu ataupun atas kepala'," katanya lagi dalam tulisan yang sarat dengan kiasan berkenaan.

Jelasnya lagi, strategi yang dimaksudkan dalam tulisan tersebut adalah gabungan Pakatan Rakyat yang disifatkan seperti perjanjian damai Hudaibiah di antara penduduk Mekah pada tahun 628.

Beliau turut mendakwa terdapat golongan tertentu di dalam PAS yang ingin melaga-lagakan antara PAS Selangor dan Pakatan Rakyat Selangor dengan membangkitkan soal perjuangan Islam.

"Saya dengar akan ada usaha untuk terus melagakan PAS Selangor dengan PR Selangor... Maka akan berkatalah golongan ini 'Islam dijunjung di kepala, tahalluf (kerjasama) dijunjung di paras bahu'," katanya, juga tanpa menamakan golongan terlibat.

Mesti patuh strategi

"Saya harap yang membaca memahami; yang ingin pertahankan PR di Selangor adalah sama seperti mereka yang mampu melihat kebijaksanaan Perjanjian Hudaibiyyah dan akur dengannya. "Yang melenting-lenting dengan ucapan bersemangat adalah seperti mereka yang membantah Perjanjian tersebut dan ingin terus mempertikaikannya. Kalau anda salah seorang dari mereka, hentikanlah," katanya lagi.

Khalid turut menempelak individu-individu berkenaan yang mengetepikan kepentingan parti apabila tidak mengutamakan strategi dan perjanjian yang telah ditetapkan oleh PAS Pusat.

"Harap faham. Strategi yang ditetapkan mesti dipatuhi. Perjanjian yang merupakan sebahagian dari strategi, mesti dituruti.

"Kalau kita ketepikan strategi dan perjanjian yang telah ditetapkan oleh PAS Pusat, atas apa alasan sekalipun, kita meletakkan PAS di tapak kaki kita, bukan di kepala ataupun di bahu kita!

"Atau apakah mungkin ada yang tidak kenal mana tapak kaki, yang mana bahu dan yang mana kepala?," soalnya.

No comments:

Post a Comment