Friday, October 02, 2009

Nizar-Pas-kawan-kawan Pas Kenapa kamu Pertikai Pengundi Tentera

Nizar-Pas-kawan-kawan Pas kenapa kamu pertikai pengundi tentera. Tentera juga rakyat negara ini. Mereka punya maruh, punya harga diri, punya pendidirian. Mereka bukan bodoh, mereka bukan seperti kerbau dicocok hidung. Mereka tahu mana kaca mana intan. Mereka tahu mana batu mana berlian.

Sejak kematian Azman Mohd Noor ADUN Bagan Pinang kerana jangkitan darah, kamu Nizar dan kawan-kawan Pakatan mu terus mempertikai undi tentera dan keluarganya. Kamu semua menuduh bahawa tentera dan keluarga ada pak turut dan tahu berfikir.

Jangan lupa Nizar Tentera adalah rakyat yang sangat bertanggungjawab pada negara, mereka ada pembela negara, mengadaikan nyawa untuk negara.

Nizar! kamu dan kawan-kawan mu hanya tahu memporak perandakan negara, samada dalam soal ketenteraman juga ekonomi.

Nizar, cuba ingat sandiwara mu dengan Sivakumar dan Ngo serta Ngeh, Perak jadi kucar kacir, tak tenteram.

Nizar, jangan samakan tentera dan keluarganya dengan tindakan kamu yang membuta tuli tidak menggunakan otak. Tentera terlatih untuk bertindak dan ikut yang betul, bukan bertindak ikut perasaan seperti menegakkan benang yang basah.

Ingat Nizar, cara kawan-kawan mu memutar belit kan fakta tidak selamanya diterima rakyat.

Calon mu Nizar- Zulkefly Mohd Omar, memang lah bebas dengan noda kerana belum pernah jadi wakil rakyat apatah lagi exco. Cuba kamu tengok di Selangor, kawan-kawan mu membuat tuntutan Palsu, sehingga bunuh diri kerana, tembelang menipu terbongkar.

Nizar ingat kawan rapan mu sebangsa dengan mu Lim Guan Eng, sekarang tinggal di rumah mewah,kerana sumbangan pemaju Kg Buah Pala, tidak mahu tinggal rumah rasmi ketua Menteri kerena takut anai-anai.

Nizar-- ingat tindakan mu semasa di MB, Proton Perdana V-6 dikata tak guna kerana cepat rosak, lalu beli Toyota Camry 2.4 berharga hampir 2 kali ganda, dibanding Proton.

Nizar-- kamu dan kawan-kawan mu boleh claim belum ada noda, cuba dapat peluang.. di mana kah anjing tak cium tahi.

Oleh itu Nizar-- jangan perlekeh Tentera dan keluarganya dan menganggap mereka bodoh dan tolol.

No comments:

Post a Comment