Sunday, October 04, 2009

Nizar--Pas-Anwar Reka Cerita baru lagi: Hentam Najib

Setiap ada PRK ada saja isu baru muncul. Di Pematang Pasir Parlimen Pematang Pauh Pulau Pinang, calon BN Rohaizat Osman dikaitkan dengan "isteri" kedua bernama HAFIZAH. Kerana hangatnya isu ini, Bapa Hafizah beri kata dua pada Rohaizat, mengaku atau tidak.

Kali ini pula di Bagan Pinang Najib pula jadi sasaran. Najib diisukan kena tangkap khalwat di Port Dickson semasa Isa Samad jadi Menteri Besar. Dikatakan Isa Samad lah yang mengarahkan jabatan agama Negeri Sembilan tutup kes atau tiada kes.

Kerana dikatakan Najib terhutang budi pada Isa, maka kali ini Najib balas budi. Demikanlah isu Nizar-Pas-Anwar di Bagan Pinang masa ini.

Isu mengenai saranan Tun Mahathir agar supaya Isa Samad jangan dipilih calon juga merupakan isu hangat. Ceramah-cermah Nizar-Pas-Anwar mengulas tentang isu Isa Samad. Mereka kata Umno hanya main-main soal politik wang, tidak serius, buktinya Isa Samad dicalonkan walaupun pernah digantung 6 tahun (kemudian dikurangkan 3 tahun selepas rayuan) dari umno kerana politik wang.

Nizar-Pas-anwar memang suka kalau Isa Samad jadi calon, kerana isu yang boleh di bongkar terlalu banyak.

Muhiyiddin juga ikut dihentam kerana sokong orang yang mengamal politik wang. Isu-isu ini lah yang di ulang-ulang oleh Nizar-Pas-Anwar di Bagan pinang. Isu Mat Sabu ditangkap khalwat Nizar-Pas-Anwar tak sentuh pun. Isu Anwar lakukan liwat tak sentuh pun.

Terpulanglah kepada para pengundi DUN Bagan Pinang, apa kah mereka yang makan isu atau Pembangungan dan keupayaan Isa Samad membangun Dun Bagan Pinang, jika menang.

No comments:

Post a Comment