Friday, October 16, 2009

Nizar: Kamu Jangan Perlekeh UMNO: Umno Untuk Rakyat

Tanggapan Umno sebagai sebuah parti "untuk cari makan" mestilah dikikis untuk menjayakan slogan 1Malaysia "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan", kata Datuk Seri Najib Razak.

"Umno tidak boleh dilihat sebagai sebuah parti yang hanya ghairah memperjuangkan kelompok yang sedikit.

"Sebaliknya, kita mahu Umno dilihat, dirasai, serta diyakini sepenuhnya sebagai sebuah parti inklusif yang mendahulukan rakyat dan bukannya mendahulukan diri sendiri," kata presidem Umno.

"Maka itu, persepsi Umno sebagai parti untuk cari makan mesti dibuang jauh-jauh, mesti ditinggalkan."

Bertemakan 'Menjunjung Tradisi, Menzahir Perubahan', Najib menyampaikan ucapan sulungnya sebagai pemimpin nombor satu parti ketika merasmikan perhimpunan agung Umno ke-60 di Kuala Lumpur pagi.

Beliau juga mempertikaikan semangat perjuangan ahli parti, termasuk ingin keselesaan dan tidak bersedia berkhidmat kepada Umno dengan sukarela dan ikhlas.

"Sekarang, kalau tidak dapat hotel lima bintang, ramai yang mengeluh sakit-sakit badan. Tidak standard dan tidak kelas, katanya," kata Najib lagi.

"Apa yang cuba saya utarakan di sini adalah, ke manakah hilangnua budaya khidmat dan kesukarelawanan dalam Umno?

"Kalau hendak diikutkan, begitu ramai golngan profesional seperti peguam, doktor, akauntan dan jurutera yang menjadi ahli.

"Malangnya, di saat-sat kita memerlukan kerja-kerja sukarela umpamanya pada musim pilihan raya, begitu sedikit yang tampil membantu dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan."

Beliau juga mahu melihat Umno terus menjadi parti menjuarai rakyat dengan memberatkan kebajikan semua dan periuk nasi semua rakyat.

"Umno tidak boleh lagi kelihatan sebagai parti yang hanya dilihat condong kepada satu-satu pihak sahaja," katanya di depan kira-kira2,500 anggota perwakilan.

Tambahnya, Umno tidak mampu ditanggap hanya sebagai bertumpu kepada inisiatif niaga besar-besaran atau projek mega semata-mata,tetapi mesti menjadi parti yang menjuarai rakyat.

"Khidmat Umno harus merata. Kita akan tetap menjadi parti yang pro kepada pertumbuhan ekonomi berdaya tahan, pengagihan kekayaan yang adil, jaringan keselamatan sosial menyeluruh dan kos hidup terkawal," katanya.

Dalam pakaian baju Melayu cekak musang berwarna biru cair dan bersampin songket biru muda, Najib berkata amat mustahak Umno menjadi parti yang berpegang kepada falsafah bersederhana atau parti aliran tengah.

"Umno tidak boleh menjadi parti yang ultra kiri atau ultra kanan," katanya, sambil menjelaskan bahawa fahaman Umno semenjak penubuhannya bukanlah condong sama ada kepada fahaman liberal mahupun fahaman konservatif.

No comments:

Post a Comment